CARA AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID BARU BELI(How To Activate)

CARA AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID BARU BELI(How To Activate)

CARA AKTIFKAN SIM DIGI

Kepada anda yang baru membeli simkad digi prepaidbaharu, untuk makluman anda kini anda boleh daftar dan aktifkan sendiri sahaja dengan mudah. Disini kami akan kongsikan kepada anda pandauan cara untuk aktifkan sim digi prepaid, semoga membantu.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID

Bagi memudahkan urusan anda, pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran sim tersebut seperti berikut:

  • Kad pengenalan / Pasport / Kad pengenalan diri tentera / Sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
  • Barcode simkad Digi tersebut

 

CARA DAFTAR & AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID BARU GUNA WEB

Untuk pendaftaran dan aktifkan simkad digi baharu anda menggunakan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Sila imbas kod QR pada pek SIM baharu anda untuk mengakses halaman pendaftaran SIM atau anda boleh layari portal Digi eKYC Pendaftaran & Pengaktifan SIM Layan Diri https://store.digi.com.my/ekyc
  2. Kemudian sila imbas bar code pada pek SIM anda.
  3. Setelah pengesahan berjaya, sila imbas ID atau dokumen pengenalan anda.
  4. Seterusnya anda dikehendaki untuk lakukan swafoto pengecaman wajah untuk pengesahan identiti.
  5. Masukkan kad SIM ke dalam telefon anda untuk lengkapkan proses pengaktifan SIM apabila pendaftaran anda berjaya
  6. Anda boleh terus memasukkan kad SIM ke dalam telefon anda dan tunggu selama 2 hingga 5 minit untuk menerima SMS pengaktifan SIM.

 

CARA DAFTAR & AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID BARU GUNA APP MyDIGI

Untuk pendaftaran dan aktifkan simkad digi baharu anda menggunakan aplikasi MyDigi, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MyDigi di telefon anda
  2. Pada paparan utama klik pada ‘Aktifkan SIM’
  3. Imbas kod bar pek SIM anda atau masukkan nombor siri secara manual
  4. Masukkan nombor telefon yang tertera di belakang pek SIM
  5. Setelah pengesahan berjaya, sila imbas ID atau dokumen pengenalan anda
  6. Seterusnya anda dikehendaki untuk lakukan swafoto pengecaman wajah untuk pengesahan identiti.
  7. Setelah pendaftaran berjaya, masukkan kad SIM anda untuk melengkapkan proses pengaktifan dan tunggu selama 2 hingga 5 minit untuk menerima SMS pengaktifan SIM.

 

MASALAH BERKAITAN DAFTAR & AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID

Disini kami akan kongsikan antara permasalah yang kemungkinan terjadi semasa proses pendaftaran berdasarkan situasi berikut:

SITUASIPENYELESAIAN
Barcode SIM telah pun wujud dalam sistem.Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Digi di talian 016 221 1800 untuk maklumat berkaitan.
Maklumat atau butiran yang diimbas daripada ID tidak sepadan.Imbas semula ID untuk memastikan butiran adalah tepat.
Pengecaman wajah gagal.Lakukan pengecaman wajah sekali lagi di kawasan yang lebih terang.
Terima notifikasi “Kami tidak dapat meneruskan permintaan anda”Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Digi di talian 016 221 1800 untuk maklumat berkaitan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara aktifkan sim Digi, anda boleh merujuk pada Digi eKYC Pendaftaran & Pengaktifan SIM Layan Diri 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA AKTIFKAN SIM DIGI PREPAID BARU BELI(How To Activate)”

Leave a Comment