CARA AKTIFKAN DAFTAR SIM CARD BARU CELCOM(How To Activate)

CARA AKTIFKAN DAFTAR SIM CARD BARU CELCOM(How To Activate)

AKTIFKAN SIM CARD CELCOM

Kepada anda yang baru membeli simkad Celcom prepaid baharu, untuk makluman anda kini anda boleh daftar dan aktifkan sendiri sahaja dengan mudah. Disini kami akan kongsikan kepada anda panduan untuk aktifkan sim card Celcom prepaid, semoga membantu.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN AKTIFKAN SIM CARD BARU CELCOM

Bagi memudahkan urusan anda, pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran sim tersebut seperti berikut:

  • Kad pengenalan / Pasport / Kad pengenalan diri tentera / Sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
  • Barcode simkad Celcom tersebut

 

CARA DAFTAR SIM CARD BARU CELCOM

Untuk pendaftaran dan aktifkan simkad Celcom baharu andai, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Celcom Life (Play Store / Apple Store) di telefon anda
  2. Pada paparan menu utama, klik pada Prepaid Self-Registration.
  3. Pilih bahasa Bahasa Melayu atau Inggris.
  4. Masukan dokumen pengenalan diri MyKad/Pasport, selanjutnya klik Next.
  5. Tandakan setuju terma dan syarat, lepas tu klik Next.
  6. Sila imbas ID atau dokumen pengenalan anda. Pastikan kad pengenalan anda tiada pantulan cahaya, dan tidak terlindung semasa di scan
  7. Kemudian scan SIMKAD Celcom Anda, klik Scan Now letak pada barcode.
  8. Kemudian klik Face Recognition. Lakukan swafoto pengecaman wajah untuk pengesahan identiti. Setelah berjaya, kemudian klik Next.
  9. Kemudian klik Confirm and Register.
  10. Masukkan kad SIM anda ke dalam telefon untuk melengkapkan proses pendaftaran dan tunggu selama 2 hingga 5 minit untuk menerima SMS pengaktifan SIM.

 

CARA AKTIFKAN SIM CARD BARU CELCOM

Setelah selesai proses pendaftaran tersebut, berikut adalah merupakan cara untuk aktifkan simkad anda iaitu:

  1. Buka aplikasi Celcom Life
  2. Tekan Login with OTP dan masukkan no telefon anda yang baru daftar tadi, klik Next.
  3. Anda akan terima no OTP secara SMS, masuk No OTP tersebut pada ruangan tersedia dan klik Log In.
  4. Anda perlu topup RM35 buat langganan 30 hari unlimited data. Tekan Buy.
  5. Pilih jenis pembayaran yang Anda inginkan seperti Online Banking, Credit/Debit Card, Boost e-Wallet atau Baki Kredit.
  6. Tick setuju terma dan syarat, klik Confirm
  7. Anda telah berjaya aktifkan simkad anda

 

MASALAH BERKAITAN DAFTAR & AKTIFKAN SIM CARD BARU CELCOM

Disini kami akan kongsikan antara permasalah yang kemungkinan terjadi semasa proses pendaftaran berdasarkan situasi berikut:

SITUASIPENYELESAIAN
Barcode SIM telah pun wujud dalam sistem.Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Celcom di talian 019-601 1111 untuk maklumat berkaitan.
Maklumat atau butiran yang diimbas daripada ID tidak sepadan.Imbas semula ID untuk memastikan butiran adalah tepat.
Pengecaman wajah gagal.Lakukan pengecaman wajah sekali lagi di kawasan yang lebih terang.
Terima notifikasi “Tidak dapat meneruskan permintaan anda”Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Celcom di talian 019-601 1111 untuk maklumat berkaitan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara aktifkan sim card Celcom, anda boleh merujuk pada portal rasmi Celcom Self-Help

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA AKTIFKAN DAFTAR SIM CARD BARU CELCOM(How To Activate)”

Leave a Comment