TOUCH ‘N GO STATEMENT(Cara Check Muat Turun Semak Penyata)

TOUCH ‘N GO STATEMENT(Cara Check Muat Turun Semak Penyata)

TOUCH 'N GO STATEMENT

Untuk makluman anda, kini anda boleh memuat turn/mecetak penyata transaksi kad TnG anda. Kepada anda yang ingin mengetahui cara untuk download statement Touch ‘n Go, disini kami akan kongsikan kepada anda. Semoga membantu.

 

CARA MUAT TURUN TOUCH ‘N GO STATEMENT DI TNG eWALLET

Kepada anda yang ingin memuat turun penyata menerusi aplikasi TnG eWallet, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet di telefon anda
  2. Pada paparan utama klik pada “Sejarah Transaksi”.
  3. Seterusnya anda boleh membuat pilihan mengikut julat tarikh atau jenis transaksi
  4. Akhir sekali klik pada “Emel” untuk memuat turun sejarah transaksi

Nota : Anda hanya boleh melihat sejarah transaksi sehingga tempoh 90 hari sahaja.

 

CARA MUAT TURUN TOUCH ‘N GO STATEMENT DI PORTAL TNG

Kepada anda yang ingin memuat turun penyata menerusi portal TnG, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal MYTouchnGo dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan utama, sila tekan tab “History” yang dipaparkan di bahagian kiri skrin anda selepas log masuk ke dalam portal MYTouchnGo.
  3. Tekan “View Transactions”.
  4. Pilih “Date Type”, mauskkan nombor serial kad TNG anda berserta Tarikh mula dan Tarikh akhir untuk tempoh bulan yang anda perlukan penyata transaksi untuk memuat turun/mencetak.
  5. Tekan “Find”.
  6. Tekan “All Transactions”, “All Reloads”, atau “Other Charges” bergantung kepada jenis info yang anda perlukan.
  7. Tekan antara “CSV ikon” atau “PDF ikon” yang terpapar sebelah “Export to” di bawah halaman untuk memuat turn penyata transaksi kad TNG anda.

Nota : Anda hanya boleh melihat sejarah transaksi sehingga tempoh 90 hari sahaja.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TOUCH ‘N GO STATEMENT

Adakah saya boleh lihat transaksi terbaru saya dengan segera?

  • Ya, anda boleh lihat transaksi terbaru anda di Touch ‘n Go eWallet sebaik saja anda selesai membuat pembayaran di pautan “Peti Masuk” atau “Sejarah Transaksi”.

Saya perlukan penyata transaksi Adakah saya boleh muat turun/lihat dan e-mel e-penyata saya?

  • Anda boleh pilih untuk emel transaksi anda ke alamat emel anda melalui bahagian “Transaction history”.

Berapa lamakah akan rekod transaksi disimpan?

  • Anda dapat merujuk kembali rekod transaksi yang berlaku dalam tempoh 90 hari yang lepas (3 bulan).

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “TOUCH ‘N GO STATEMENT(Cara Check Muat Turun Semak Penyata)”

Leave a Comment