CARA DAPATKAN STATEMENT RFID TNGO eWALLET(Penyata Buat Claim)

CARA DAPATKAN STATEMENT RFID TNGO eWALLET(Penyata Buat Claim)

STATEMENT RFID

Sekiranya anda pengguna RFID, untuk membuat sebarang tuntutan semestinya akan memerlukan penyata. Kini anda boleh memuat turn/mecetak penyata transaksi RFID TnG eWallet anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk dapatkan statement RFID, semoga membantu.

 

CARA DOWNLOAD STATEMENT RFID DI TnG eWALLET

Kepada anda yang ingin memuat turun penyata RFID menerusi aplikasi TnG eWallet, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet di telefon anda
  2. Pada paparan utama klik pada “Sejarah Transaksi”.
  3. Kemudian klik pada bahagian Filter dan pilih RFID
  4. Seterusnya anda boleh membuat pilihan mengikut julat tarikh atau jenis transaksi
  5. Akhir sekali klik pada “Emel” untuk memuat turun sejarah transaksi

Nota : Anda hanya boleh melihat sejarah transaksi sehingga tempoh 90 hari sahaja.

 

CARA DOWNLOAD STATEMENT RFID DI PORTAL TnG

Kepada anda yang ingin memuat turun penyata RFID menerusi portal TnG, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal MYTouchnGo dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan utama, sila tekan tab “History” yang dipaparkan di bahagian kiri skrin anda selepas log masuk ke dalam portal MYTouchnGo.
  3. Tekan “View Transactions”.
  4. Pilih “Date Type”, mauskkan nombor serial kad TNG anda berserta Tarikh mula dan Tarikh akhir untuk tempoh bulan yang anda perlukan penyata transaksi untuk memuat turun/mencetak.
  5. Tekan “Find”.
  6. Tekan “All Transactions”, “All Reloads”, atau “Other Charges” bergantung kepada jenis info yang anda perlukan.
  7. Tekan antara “CSV ikon” atau “PDF ikon” yang terpapar sebelah “Export to” di bawah halaman untuk memuat turn penyata transaksi kad TNG anda.

Nota : Anda hanya boleh melihat sejarah transaksi sehingga tempoh 90 hari sahaja.

 

CARA TUNTUTAN RFID

Untuk membuat tuntutan RFID, pastikan anda perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan anda terlebih dahulu dan memastikan baucar bayaran disokong dengan dokumen yang lengkap.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) STATEMENT RFID

Adakah saya boleh lihat transaksi terbaru saya dengan segera?

  • Ya, anda boleh lihat transaksi terbaru anda di Touch ‘n Go eWallet sebaik saja anda selesai membuat pembayaran di pautan “Peti Masuk” atau “Sejarah Transaksi”.

Saya perlukan penyata transaksi Adakah saya boleh muat turun/lihat dan e-mel e-penyata saya?

  • Anda boleh pilih untuk emel transaksi anda ke alamat emel anda melalui bahagian “Transaction history”.

Berapa lamakah akan rekod transaksi disimpan?

  • Anda dapat merujuk kembali rekod transaksi yang berlaku dalam tempoh 90 hari yang lepas (3 bulan).

 

ARTIKEL LAIN:

4 thoughts on “CARA DAPATKAN STATEMENT RFID TNGO eWALLET(Penyata Buat Claim)”

Leave a Comment