MAYBANK LIVE CHAT(Cara Hubungi Aduan & Pertayaan)

MAYBANK LIVE CHAT(Cara Hubungi Aduan & Pertayaan)

MAYBANK LIVE CHAT

Sekiranya anda merupakan kepada pelanggan Maybank dan mengahdapi permasalah ketika mengakses perkhidmatan perbankan, kehilangan kad ATM dan kad ATM kena block/disekat atau sebagainya, anda boleh membuat aduan kepada Maybank supaya masalah Anda dapat diselesaikan dengan segera. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat aduan menerusi Maybank Live Chat, semoga membantu.

 

TERMA DAN SYARAT MAYBANK2U LIVE CHAT

Berikut adalah merupakan antara terma dan syarat yang ditetapkan iaitu:

  1. Perkhidmatan ini disediakan untuk pemegang akaun individu atau akaun bersama Bank berumur di atas 18 tahun yang memegang akaun sedia ada yang boleh dikendalikan oleh satu atau lebih penandatangan. Sekiranya akaun tersebut merupakan akaun bersama atau akaun dengan lebih daripada 1 penandatangan, anda dianggap telah mendapat kebenaran pemegang akaun bersama/penandatangan bersama anda dan apa-apa arahan daripada anda akan dianggap sebagai arahan daripada semua pemegang akaun/penandatangan. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menzahirkan apa-apa maklumat berhubung akaun tersebut kepada anda.
  2. Bank boleh atas budi bicara mutlaknya (tetapi tidak diwajibkan untuk) merekod perbualan anda dengan Bank. Sekiranya terdapat apa-apa pertikaian antara anda dan Bank, anda bersetuju kepada penggunaan rakaman dan transkrip tersebut termasuk penggunaannya sebagai bahan bukti oleh Bank dalam apa-apa prosiding undangundang. Bank tidak diperlukan atau diwajibkan untuk menyimpan rakaman atau transkrip tersebut.

NOTA: Bank berhak mengubah terma dan syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya.

 

KELAYAKAN GUNA MAYBANK LIVE CHAT

Perkhidmatan adalah platform bicara khidmat bantuan dalam talian untuk pengguna berdaftar Maybank2u.

 

WAKTU OPERASI MAYBANK LIVE CHAT

Waktu operasi Perkhidmatan adalah dari 9:00 am sehingga 6:00 pm, Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk Cuti Umum).

 

CARA GUNA MAYBANK LIVE CHAT

Kepada anda yang ingin membuat aduan atau pertanyaan mengenai perkhidmatan menerusi Live Chat ini, berikut adalah merupakan caranya:

Laman maklumat Maybank2u

  • Pergi ke halaman permohonan Kad Kredit atau Akaun Premier Maybank2u
  • Klik pada ikon Sembang Langsung Maybank untuk mula berbual

 Maybank2u selepas anda log masuk

  • Log masuk ke akaun Maybank2u anda
  • Klik pada ‘Hubungi Kami’ dan mula bersembang

 Aplikasi Maybank2U

  • Pastikan Anda telah muat turun aplikasi Maybank yang tersedia di Google Play Store/Appstore secara percuma.
  • Selepas itu, login ke aplikasi Maybank Anda.
  • Klik pada menu, pilih Need Help?
  • Klik pada ikon Maybank Live Chat.
  • Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Maybank Customer Service 24 Hours, anda boleh layari web rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment