LAMBAT BAYAR AEON CREDIT ATOME(Berapa Caj Bunga Tak Bayar Sebulan)

LAMBAT BAYAR AEON CREDIT ATOME(Berapa Caj Bunga Tak Bayar Sebulan)

LAMBAT BAYAR AEON ATOME

Kepada anda yang membuat pinjaman dengan Aeon Credit atau ATOME, semestinya anda membuat pembayaran setiap bulan. Tetapi bagaimana jika anda terlupa atau terlewat membuat pembayaran bulanan? Semestinya akan dikenakan caj. Disini kami akan kongsikan kepada anda caj bunga lambat bayar Aeon Credit dan Atome, semoga membantu.

 

CAJ LAMBAT BAYAR AEON CREDIT

Anda akan dikenakan Caj Bayaran Lewat sekiranya gagal membuat bayaran semasa tempoh kemudahan sebanyak 5% setahun dikira berdasarkan jumlah ansuran tertunggak.

  • Caj Bayaran Lewat tidak akan dikompaun dan lebih daripada prinsipal yang belum dijelaskan.
  • Caj Bayaran Lewat kaedah dan kadar adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
  • Caj Bayaran Lewat dikira setiap hari dari tarikh matang/tarikh matang/tarikh penghakiman.

Berikut adalah merupakan caj lambat bayar mengikut tempoh:

TEMPOH LEWATCAJ DIKENAKAN
Bayaran yang perlu dijelaskan, dibayar selepas tarikh akhir bayaran sehingga 10hb pada bulan yang samaRM18.00
Bayaran yang perlu dijelaskan, dibayar di antara 11hb dan 18hb pada bulan yang samaRM23.00
Bayaran yang perlu dijelaskan dibayar di dari 19hb sehingga penutupan akhir bulanRM40.00
Pampasan (bayaran lewat) tambahan bagi setiap bulan berikutnya jika akaun adalah tertunggak dari bulan sebelumnyaRM23.00

 

Cara Bayar Aeon Credit Online

  1. Anda boleh buat bayaran balik AEON melalui senarai bank di bawah ini.
    • Maybank
    • CIMB Bank
    • Public Bank
    • BSN
    • AmBank
  2. Log masuk ke online banking pilihan anda
  3. Pada menu utama sila pilih Pay Bill
  4. Pilih akaun simpanan Anda pada pilihan Payment From
  5. Pilih jenis pembayaran AEON anda pada pilihan Payment to
  6. Masukkan no contract/credit card number
  7. Masukkan jumlah pembayaran
  8. Klik Submit, Selesai

 

CAJ LAMBAT BAYAR ATOME

Untuk makluman anda. Atome akan menghantar peringatan pembayaran yang akan datang kepada pelanggan 1 hari sebelum tarikh akhir melalui SMS. Sekiranya pemotongan automatik gagal pada hari terakhir,akaun pengguna akan dibekukan pada hari berikutnya.

Anda diminta untuk membayar semua jumlah tertunggak yang perlu dibayar pada akaun mereka, bersama dengan bayaran pentadbir sebanyak RM 30 pada setiap pembayaran tertunda. Jumlah maksimum yuran yang akan dikenakan bergantung pada tempoh yang telah anda pilih.

TEMPOHMAKSIMUM CAJ (SETIAP PESANAN)
3 AnsuranRM 30 * 2 = RM 60
6 AnsuranRM 30 * 5 = RM 150
12 AnsuranRM 30 * 11 = RM 330

 

Cara Bayar Atome Online

  1. Buka aplikasi Atome anda
  2. Pergi ke “Me” dan kemudian klik “Payment method”
  3. Klik “Add a new card”
  4. Lengkapkan butiran kad yang diperlukan untuk proses transaksi pembayaran dan klik “Save”
  5. Perhatikan bahawa semua bayaran akan ditolak dari kad “Primary”

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “LAMBAT BAYAR AEON CREDIT ATOME(Berapa Caj Bunga Tak Bayar Sebulan)”

Leave a Comment