CARA BUAT FULL SETTLEMENT AEON CREDIT(Kira Rebat Bayar Awal)

CARA BUAT FULL SETTLEMENT AEON CREDIT(Kira Rebat Bayar Awal)

FULL SETTLEMENT AEON CREDIT

Kepada anda yang membuat pinjaman dengan Aeon Credit, semestinya anda mengetahui bahawa kaedah membuat bayaran melalui ansuran bulanan yang fleksibel. Sekiranya anda berhajat untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan, anda kan menerima kembali rebat caj Perjanjian Jualan Kredit. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat full settlement Aeon Credit, semoga membantu

 

APA ITU AEON CREDIT

AEON Credit dikenali sebagai syarikat credit terbesar di Malaysia dan yang terbaik dari segi perkhidmatan. Rangkaian penggunaan yang luas, jarang terdapat masalah dan begitu banyak promosi yang menarik membuat pelanggan berminat untuk memiliki kad kredit AEON.

 

CARA SEMAK BAKI AEON CREDIT ONLINE

Sebelum anda membuat pembayaran penuh, seharusnya anda membuat semakan baki pinjaman anda terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Aeon Credit Service
  2. Pendaftaran hendaklah dilakukan terlebih dahulu sekiranya anda pengguna bahari dengan klik di di Register
  3. Kemudian log masuk ke akaun anda
  4. Anda boleh akses maklumat semak baki pinjaman aeon credit service anda di laman website tersebut

 

CARA BAYAR FULL SETTLEMENT AEON CREDIT

Kepada anda yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman Aeon Credit anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan anda membuat semakan baki pinjaman AEON credit anda terlebih dahulu.
  2. Hadir ke cawangan kaunter AEON yang berhampiran dengan anda
  3. Maklumkan kepada pegawai Aeon yang bertugas mengenai tujuan anda iaitu anda ingin penyelesaian penuh pembiayaan lebih awal.
  4. Pegawai tersebut akan memberi panduan yang lengkap kepada anda.
  5. Ikuti saja arahan pegawai AEON sehingga berjaya.
  6. Selesai, anda telah Berjaya membuat pembayaran penuh.

 

CARA KIRA REBAT FULL SETTLEMENT AEON CREDIT

Pastinya anda mengetahu bahawa sekiranya anda membuat penyelesaian penuh lebih awal, anda akan memperolehi rebat caj Perjanjian Jualan Kredi. Disini kami akan kongsikan kepada and acara penggiraannya iaitu:

  • Rebat = RP X ( RP+1)/OP X (OP+1)

RP = Baki tempoh (bilangan bulan) dari masa penyelesaian awal sehingga tarikh asal penyelesaian penuh.

OP = Tempoh Asal (bilangan bulan) yang digunakan di dalam Perjanjian ini.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) FULL SETTLEMENT AEON CREDIT

Bagaiman jika terlewat membuat bayaran dari masa yang ditentukan?

  • Anda akan dikenakan Caj Bayaran Lewat sekiranya gagal membuat bayaran semasa tempoh kemudahan sebanyak 5% setahun dikira berdasarkan jumlah ansuran tertunggak.

Bagaimana jika saya ingin kemaskini maklumat no telefon saya?

  • Anda seharusnya memaklumkan kepada pihak Aeon akan sebarang perubahan mengenai no telefon anda bagi memastikan AEON dapat menghubungi Anda.

Macam mana jika saya mengalami kesukaran pembayaran?

  • Anda boleh menghubungi AEON dengan kadar segera bagi membincangkan cara-cara pembayaran yang diterima.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Full Settlement AEON Credit, anda boleh layari website rasmi AEON di pautan https://www.aeoncredit.com.my/

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “CARA BUAT FULL SETTLEMENT AEON CREDIT(Kira Rebat Bayar Awal)”

Leave a Comment