CARA TERMINATE CANCEL BSN SSP (Buat Pengeluaran Tempoh Matang)

CARA TERMINATE CANCEL BSN SSP (Buat Pengeluaran Tempoh Matang)

TERMINATE CANCEL BSN SSP

Kepada anda merupakan pelanggan BSN dan menyimpan dalam Sijil Simpanan Premium (SSP), sudah semestinya anda ingin mengetahui cara membuat pengeluaran dan terminate cancel SSP BSN tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semovga membantu.

 

APA ITU SSP BSN

SSP BSN atau Sijil Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978. Berbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun

 

SYARAT KELAYAKAN SSP BSN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas untuk menyimpan SSP BSN iaitu:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  • Berumur 12 tahun dan ke atas
  • Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum

 

PUNCA INGIN TERMINATE CANCEL BSN SSP

Berikut ialah beberapa sebab orang tidak lagi berminat dengan Sijil Simpanan Premium BSN ingin membatalkannya iaitu::

  • Kesukaran Kewangan
  • Terdapat Agensi Yang Menawarkan Peluang Pelaburan yang Lebih Baik
  • Ketidakpuasan hati dengan Perkhidmatan pengurusan BSN SSP
  • Perubahan dalam Matlamat atau Strategi Kewangan
  • Keperluan Tunai Segera
  • Peluang Rendah untuk Menang
  • Salah Faham Terhadap Produk
  • Persaraan atau Migrasi

 

TEMPOH MATANG SSP BSN

Tempoh matang Sijil Simpanan Premium BSN adalah 45 hari dari tarikh anda melakukan pembelian

 

CARA TERMINATE CANCEL SSP BSN (Keluarkan Wang SSP)

Berikut adalah merupakan cara untuk mengeluarkan duit SSP anda iaitu:

  1. Bawa sijil simpanan anda ke mana-mana cawangan bank simpanan nasional yang terdekat dengan anda. Bawa bersama Kad Pengenalan (IC) anda untuk tujuan pengesahan
  2. Maklumkan kepada wakil khidmat pelanggan bahawa anda ingin membatalkan SSP anda. Mereka akan membimbing anda melalui proses tersebut.
  3. Isikan borang pengeluaran atau borang pembatalan yang diberikan dengan lengkap.
  4. Tunggu sehingga nama anda dipanggil di kaunter yang berkaitan
  5. Kakitangan BSN akan minta kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti sama dengaan sijil simpanan premium BSN yang anda miliki.
  6. Jikalau tiada masalah, anda akan dapat semula duit yang anda inginkan.
  7. Baki akaun SSP anda biasanya akan dipindahkan ke akaun Simpanan BSN anda atau diberikan kepada anda secara tunai, bergantung pada polisi cawangan.
  8. Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja akaun SSP dibatalkan, anda tidak lagi layak untuk cabutan bulanan SSP.

NOTA: Pastikan SSP anda telah mencapai tempoh matang iaitu 45 hari sahaja dari tarikh anda melakukan pembelian

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sijil Simpanan Premium BSN, anda boleh melayari portal rasmi Bank Simpanan Nasional

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “CARA TERMINATE CANCEL BSN SSP (Buat Pengeluaran Tempoh Matang)”

Leave a Comment