TBS Online Customer Service(Waktu Operasi Kaunter Tiket)

TBS Online Customer Service(Waktu Operasi Kaunter Tiket)

TBS ONLINE CUSTOMER SERVICE

Kepada anda yang seringkali menggunakan perkhidmatan penggangkutan awam seperti Bas terutamanta di TBS, sudah tentunya berkemungkinan terdapat masalah berkaitan dengan perkhidmatan yang anda gunakan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat aduan atau maklumbalas menerusi TBS Customer Service Online dan juga waktu operasi kaunter tiket, semoga membantu.

 

APA ITU TBS

Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS‎‎) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010.

Terminal pengangkutan ini menggunakan kecanggihan teknologi pengangkutan terkini untuk mempertingkatkan kemudahan dan keselesaan pengunjung dan para penumpang yang menaiki bas ekspres ke selatan, timur, dan utara.

 

FUNGSI TBS CUSTOMER SERVICE

Fungsi customer service adalah untuk memberikan kemudahan supaya pengalaman transaksi pelanggan menjadi lebih baik dan berharap dapat memenuhi jangkaan pelanggan serta dapat menambahbaik mutu perkhidmatan.

 

TBS CUSTOMER SERVICE NUMBER

Berikut adalah merupakan no Hotline TBS iaitu:

  • 03 – 9051 2000

 

WAKTU OPERASI TBS CUSTOMER SERVICE

  • Waktu operasi perkhidmatan Customer Service TBS adalah 24jam setiap hari termasuk cuti am
  • Kaunter khidmat pelanggan juga beroperasi 24 jam

 

CARA HUBUNGI TBS CUSTOMER SERVICE

Kepada anda yang ingin menbuat aduan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hubungi 03 – 9051 2000
  2. Maklumkan kepada pegawai yang bertugas tersebut tentang aduan atau permasalahan anda berkaitan dengan perkhidmatan TBS
  3. Berikan segala maklumat yang diperlukan oleh pegawai bertugas tersebut
  4. Pegawai tersebut akan membantu anda untuk selesaikan permasalahan anda

 

CARA BUAT ADUAN TBS CUSTOMER SERVICE ONLINE

Selain daripada hubungi, anda juga dapat membuat aduan atau mendapatkan bantuan perkhidmatan Rapid KL seperti berikut:

  1. Emailkan ke [email protected]
  2. Pada bahagian Hantar mesej kepada kami, isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia serta aduan serta pertanyaan anda di ruangan Mesej anda
  3. Setelah lengkap klik Hantar
  4. Kakitangan TBS akan menghubungi anda dalam masa 48 jam pada hari bekerja sahaja.

 

WAKTU OPERASI KAUNTER TIKET TBS

  • Kaunter Tiket di TBS ini dibuka 24 jam, 7 hari seminggu.
  • Terdapat 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket
  • Terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go. Mesin Tiket Layan Diri 1-11 juga boleh didapati di Aras 3 atau Aras 4.

 

CARA BELI TIKET BAS TBS ONLINE

Pengguna boleh membuat  pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing’ melalui www.tbsbts.com.my dan pilih tarikh serta masa serta destinasi yang ingin anda tuju.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai TBS Customer Service Online, sila layari website rasmi Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “TBS Online Customer Service(Waktu Operasi Kaunter Tiket)”

Leave a Comment