SSM KOMPAUN DISKAUN(Semakan Bayaran Contoh Surat Rayuan Pengurangan)

SSM KOMPAUN DISKAUN(Semakan Bayaran Contoh Surat Rayuan Pengurangan)

SSM KOMPAUN

Kepada para peniaga seharusnya anda akan berdaftar dengan SSM. Sekiranya anda dikenakan kompaun, kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan inisiatif tambahan pengurangan kompaun. Disini kami akan kongsikan kepada senarai kompaun yang diberi diskaun dan cara bayaran, semoga membantu.

 

TUJUAN PENGURANGAN KOMPAUN SSM

Tujuan insentif ini diadakan supaya syarikat mudah untuk menyelesaikan kompaun yang dikenakan kepada mereka bagi menyokong komuniti perniagaan dan korporat mengharungi fasa pemulihan pada masa kini. SSM ingin menyeru syarikat untuk mengambil peluang keemasan ini dengan menyelesaikan segala kompaun-kompaun yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah diambil.

Inisiatif ini selaras dengan usaha SSM untuk mendorong pematuhan perundangan di samping mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia. Inisiatif ini juga diharapkan dapat membantu komuniti perniagaan dan korporat untuk meneruskan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pasca pandemik Covid-19.

 

KELAYAKAN PENGURANGAN KOMPAUNĀ 

Semua kompaun yang ditawarkan melibatkan kesalahan bagi seksyen 68(2) dan seksyen 68(3) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kepada pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad yang ditawarkan kompaun dan telah patuh

 

KADAR PENGURANGAN KOMPAUNĀ 

Kadar diskaun / pengurangan kompaun yang diberikan adalah sebanyak 90%.

 

TEMPOH PERLAKSANAAN PENGURANGAN KOMPAUNĀ 

Tawaran pengurangan kompaun ini diberikan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad untuk tempoh mulai daripada 3 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.

 

CARA DAPATKAN PENGURANGAN KOMPAUN SSM

Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad yang ingin mendapatkan pengurangan diskaun ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pembayaran boleh dilakukan dimana-mana pejabat SSM yang berhampiran di seluruh Malaysia
  2. Pembayaran juga melalui secara dalam talian ezBiz Online. Pembayaran melalui ezBiz Online hanya boleh dilakukan oleh individu yang telah berdaftar sebagai pengguna ezBiz.
  3. Pengurangan kompaun secara automatic akan diberikan semasa membuat bayaran kompaun tersebut

 

CONTOH SURAT RAYUAN PENGURANGAN KOMPAUN SSM

Individu atau wakil hanya perlu membawa notis kompaun dan diserahkan di kaunter bagi tujuan semakan dan pembayaran. Tiada keperluan untuk membawa surat rayuan pengurangan kompaun

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau update terkini tentang pengurangan kompaun, sila rujuk portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment