PERMOHONAN TAWARAN PANGGILAN HAJI(Rayuan Muassasah TH Swasta Furoda)

PERMOHONAN TAWARAN PANGGILAN HAJI(Rayuan Muassasah TH Swasta Furoda)

PERMOHONAN TAWARAN PANGGILAN HAJI

Kepada rakyat Malaysia, semestinya anda mengetahui bahawa urusan ibadah haji telah dikawal selia oleh satu badan yang telah dilantik kerajaan bagi memudahkan rakyat Malaysia iaitu Tabung Haji. Tahniah kepada anda yang telah mendapat panggilan haji, namun bagi mereka yang masih belum dipanggil, borang rayuan mengerjakan haji telah pun dikeluarkan pihak Tabung Haji bagi mempertingkatkan proses rayuan haji. Disini kami akan kongsikan kepada anda membuat permohonan tawaran panggilan Haji dan juga rayuan, semoga membantu.

 

PERANAN TABUNG HAJI MALAYSIA

Tabung Haji bertanggungjawab dalam menguruskan simpanan haji bagi rakyat Malaysia termasuklah mengatur giliran jemaah haji serta perjalanan haji.

 

TAWARAN PANGGILAN TABUNG HAJI

Berikut adalah merupakan antara tawaran untuk panggilan Haji iaitu:

  1. Panggilan muassasah dari TH
  2. Rayuan ke TH ada 2
    • Rayuan Muassasah TH
    • Rayuan Swasta
  3. Furoda

NOTA: Bagi yang mendaftar Haji dengan TH lebih 10 tahun akan mempunyai peluang untuk mendapat tawaran Haji ii

 

KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA 2023

Rakyat Malaysia juga boleh menunaikan haji berdasarkan kuota yang telah dipersetujui oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Kuota rasmi Haji untuk Malaysia bagi tahun 2023 telah meningkat sebanyak 31,600 orang berbanding 14,306 jemaah pada tahun lepas, 1443 Hijrah (2022).

 

CARA PERMOHONAN TAWARAN PANGGILAN HAJI

Berikut adalah merupakan cara permohonan tawaran panggilan muassasah dari TH iaitu:

  • Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,300
  • Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif (Satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan)
  • Pendaftaran haji adalah tidak dibenarkan untuk mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh 5 tahun
  • Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun

NOTA: Tawaran Haji daripada TH ini akan dikeluarkan kepada bakal Jemaah mengikut giliran jemaah haji berdasarkan mereka yang telah mendaftar haji terlebih dahulu khusus bagi pakej muassasah atau mereka yang pertama kali menunaikan haj

 

KELAYAKAN RAYUAN PERMOHONAN RAYUAN HAJI

Untuk makluman anda, kepada yang telah mendaftar haji boleh membuat permohonan rayuan, tetapi keutamaan akan diberikan kepada:

  • Rayuan Mahram
  • Lanjut Usia / Pembantu Lanjut Usia
  • Jemaah yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa tangguh pemergian haji
  • Jemaah yang giliran mereka menunaikan haji pada tahun berikutnya iaitu 1445H / 2024M
  • Rayuan dibuat di app THijari dibuka seawal bulan Ramadhan.

 

TARIKH RAYUAN TAWARAN HAJI 2023

Permohonan rayuan Haji bagi tahun 2023 dibuka mulai pada 27 Mac 2023 (Isnin)

 

CARA RAYUAN PERMOHONAN TAWARAN PANGGILAN HAJI

Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

Rayuan Haji ke TH untuk muassasah.

  1. Permohonan rayuan dibuat melalui Aplikasi atau Portal THiJARI
  2. Harga bayaran rayuan untuk mengikuti Haji adalah bayaran penuh RM31,000
  3. Setelah permohonan rayuan diterima, anda boleh memilih sama ada ingin ikut pakej Tabung Haji atau pilih mana-mana pakej swasta.

Rayuan Haji Swasta Melalui PJH (Pengelola Jemaah Haji)

  1. Permohonan rayuan boleh dibuat dmana-mana 23 syarikat PJH telah diberi lesen oleh TH untuk mengelola jemaah haji.
  2. Hantar salinan surat rayuan dari TH bersama-sama borang dari syarikat PJH yang anda pilih
  3. Peratusan rayuan anda untuk diterima adalah tinggi
  4. Kadar harga rayuan tawaran Haji adalah berbeza mengikut tawaran pakej bagi setiap syarikat PJH
  5. Sekiranya permohonan rayuan diterima, anda akan diletakan dalam pakej swasta yang dan pilih dan tidak boleh menukar ke muassasah

 

PERMOHONAN TAWARAN PANGGILAN HAJI FURODA

Haji Furoda adalah pelaksanaan haji yang merupakan jemputan langsung dari Kerajaan Arab Saudi. Jemaah haji Furoda berlepas menggunakan visa mujamalah yang dikeluarkan oleh kedutaan setiap negara tanpa menunggu giliran.

Dikawal dalam Undang-undang no. 8 Tahun 2019 tentang pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah, Kementerian Agama tidak menguruskan bakal jemaah haji dengan visa mujamalah. Ini kerana ziarah furoda adalah hak Kerajaan Arab Saudi untuk menjemput rakan kongsi sebagai penghormatan, menghormati sokongan diplomatik, dan lain-lain. Haji Furoda dilaksanakan pada tahun yang sama apabila beliau menerima visa daripada kerajaan Arab Saudi.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment