CARA MASUK NEGARA INDONESIA GUNA KERETA(Berapa Kos & Guna Kenderaan)

CARA MASUK NEGARA INDONESIA GUNA KERETA(Berapa Kos & Guna Kenderaan)

MASUK INDONESIA GUNA KERETA

Kini pintu masuk antarabangsa kini telah dibuka, semestinya ramai yang ingin melancong ke luar negera. Bagi negeri yang bersempadan dengan Negara Indonesia, sudah semestinya ingin mengetahui cara masuk ke negara Indonesia tersebut guna kereta. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya serta kos terlibat, semoga membantu.

 

KADAR INSURANS KERETA KE INDONESIA

Sekiranya anda membawa kenderaan sendiri untuk memasuki Indonesia, anda dikehendaki membeli insurans terlebih dahulu. Pastikan anda membeli insuran Indonesia:

  • Kadar insurans bergantung pada bilangan hari (contoh 5 hari berharga RM28)

 

KOS TERLIBAT UNTUK MASUK NEGARA INDONESIA GUNA KERETA

Berikut adalah merupakan anggaran kos yang akan terlibat yang perlu anda sediakan iaitu:

  1. Bayaran insuran Indonesia (bergantung kepada bilangan hari)
  2. Bayaran yang dikenakan ketika berurusan dengan pihak imigresen Indonesia
  3. Bayaran kepada orang Indonesia yang ‘sedia’ membantu anda menguruskan semua urusan (Jika digunakan perkhidmatan tersebut

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan memasuki kereta ke Indonesia iaitu:

  • Salinan geran kereta dengan cop basah
  • Surat kebenaran (jika gunakan kereta orang lain)

 

CARA MASUK KE INDONESIA GUNA KERETA

Kepada pengembara atau pelancong yang ingin memasuki Indonesia dengan membawa kereta, berikut adalah merupakan prosedurnya iaitu:

Urusan Masuk Indonesia Di Sempadan Malaysia

  1. Uruskan kenderaan keluar dari Malaysia melalui Kastam Malaysia dengan melengkapkan borang permohonan membawa kereta Malaysia keluar ke Indonesia
  2. Seterusnya uruskan pergerakan orang keluar dari Malaysia di kaunter Imigresen Malaysia
  3. Anda dikehendaki untuk membeli insuran Indonesia kerana insuran Malaysia tidak melindungi di negara Indonesia.
  4. Seterusnya anda dikehendaki untuk lapor untuk keluar dari Malaysia kepada Polis Malaysia

Urusan Masuk Indonesia Di Sempadan Indonesia

  1. Setelah selesai di Malaysia, anda dikehendaki untuk uruskan kenderaan anda masuk ke Indonesia di Kastam Indonesia
  2. Seterusnya uruskan pergerakan orang yang memasuki ke Indonesia di Imigresen Indonesia dengan mengisi borang yang diperlukan dengan lengkap
  3. Lapor untuk masuk ke Indonesia kepada Polis Indonesia
  4. Pastikan anda menampal insuran dan kebenaran masuk Indonesia sepanjang anda berada di Indonesia
  5. Selesai, teruskan perjalanan anda ke destinasi menarik yang ada di Indonesia.

NOTA: Anggaran masa terlibat bagi urusan ini akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

 

CARA PULANG KE MALAYSIA DARI INDONESIA GUNA KERETA

Setelah anda berjaya memasuki Indonesia menggunakan kereta, berikut adalah merupakan prosedur anda ingin pulang kembali ke Malaysia iaitu:

Urusan Keluar Indonesia Di Sempadan Indonesia

  1. Uruskan pergerakan orang keluar dari Indonesia di kaunter Imigresen Indonesia
  2. Kemdian uruskan kenderaan keluar kenderaan dari Indonesia di Kastam Indonesia dan serahkan kembali sticker kenderaan kepada Kastam Indonesia
  3. Laporkan untuk keluar dari Indonesia kepada Polis Indonesia

Urusan Keluar Indonesia Di Sempadan Malaysia

  1. Setelah sampai di sempadan Malaysia, lapor sudah kembali ke Malaysia kepada Polis Malaysia
  2. Uruskan pergerakan orang kembali ke Malaysia di kaunter Imigresen Malaysia
  3. Kemudian uruskan kenderaan kembali ke Malaysia di Kastam Malaysia
  4. Selesai, anda telah Selamat kembali ke Malaysia

NOTA: Anggaran masa terlibat bagi urusan ini akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “CARA MASUK NEGARA INDONESIA GUNA KERETA(Berapa Kos & Guna Kenderaan)”

Leave a Comment