KIOSK SERVICE SARAWAK LOKASI(Cara Bayar Bil Perkhidmatan)

KIOSK SERVICE SARAWAK LOKASI(Cara Bayar Bil Perkhidmatan)

KIOSK SERVICE SARAWAK

Kepada warga penduduk negeri Sarawak, kini Service Sarawak ada menyediakan perkhidmatan Kiosk bagi memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran bil dan ini akan lebih menyenangkan kerana anda tidak perlu lagi beratur dan menunggu di kaunter untuk membuat bayaran. Hanya kunjungi eKiosk Service Sarawak berdekatan dengan anda hari ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda lokasi Kiosk Service Sarawak, semoga membantu.

 

APA ITU SERVICE SARAWAK

Service Sarawak merupakan cara penyaluran perkhidmtan baru oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat dengan mewujudkan perkhidmatan sehenti bersepadu yang merangkumi perkhidmatan dari pelbagai agensi.

 

PERKHIDMATAN KIOSK SERVICE SARAWAK

eKiosk ini menawarkan perkhidmatan pembayaran bil utiliti (elektrik, air dan gas) dan cukai pintu kepada Rakyat. Selain itu, pelanggan juga boleh menyemak sejarah pembayaran bil dan membuat pengesahan Sarawak ID melalui eKiosk ini.

 

LOKASI KIOSK SERVICE SARAWAK

Berikut adalah merupakan lokasi eKiosk Service Sarawak yang tersedia pada masa kini iaitu:

  • Pusat Perkhidmatan Service Sarawak Kuching
  • Pusat Perkhidmatan Service Sarawak Sibu
  • Pusat Perkhidmatan Service Sarawak Miri
  • Aeon Mall, Kuching.
  • Aiman Mall, Kota Samarahan
  • Emart Riam, Miri.

 

CARA PEMBAYARAN BIL GUNA e-KIOSK SERVICE SARAWAK

Pastikan anda sediakan nombor akaun bil pilihan anda untuk membuat bayaran. Berikut adalah panduan pengguna mesin kiosk ini bagi membuat pembayaran.

  1. Hadir ke lokasi eKiosk Service Sarawak yang berhampiran anda
  2. Pada paparan mesin kiosk tersebut touch mana-mana screen
  3. Pada papran utama pilih Bahasa yang anda inginkan
  4. Pada menu Select Service, pilih perkhdimatan yang anda inginkan iaitu Pertanyaan & Pembayaran Bil.
  5. Imbas QR Code pada bil atau pilih “Next” untuk meneruskan transaksi.
  6. Pada Bill Paymen & Enquiries, Pilih pilihan bayaran bil yang anda inginkan
  7. Imbas kod bar pada bil atau isi nombor bil dan pilih “Next”.
  8. Butiran bil yang dipilih akan dipaparkan, seterusnya pilih “Next”.
  9. Isi jumlah yang ingin dibayar, pilih “Ok” untuk meneruskan.
  10. Bil akan masuk ke dalam bakul pembayaran. Sila semak sebelum pilih “Checkout” untuk meneruskan.
  11. Masukkan nombor telefon anda dan klik OK.
  12. Isi alamat emel sekiranya ingin menerima resit pembayaran dan klik Next
  13. Masukkan kad debit/kredit untuk membuat pembayaran.
  14. Masukkan nombor PIN kad debit/kredit anda dan tekan hijau untuk meneruskan.
  15. Alihkan kad debit/kredit sekiranya transaksi telah lengkap.
  16. Pembayaran anda telah selesai, anda bolehmembuat penilaian transaksi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Kiosk Service Sarawak, anda boleh emlayari portal rasmi Service Sarawak

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “KIOSK SERVICE SARAWAK LOKASI(Cara Bayar Bil Perkhidmatan)”

Leave a Comment