CARA DAFTAR RAKAN MUDA NAFAS BARU(Semak Aktiviti & Program Terkini)
Kepada golongan belia yang berminat dengan aktiviti sukarelawan, anda boleh membuat permohonan Rakan Muda yang dibangunkan oleh Kementeria Belia dan Sukan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan ahli, semoga membantu.
APA ITU RAKAN MUDA
Rakan Muda merupakan sebuah program pemupukan minat, penggilapan bakat & penyerlahan potensi diri belia berumur 15 hingga 25 tahun. Memfokuskan kepada pembangunan potensi dan pembentukan karektor remaja serta pembangunan dan pengurusan sukarelawan
FUNGSI RAKAN MUDA
Berikut adalah merupakan fungsi program ini iaitu:
- Menggerakkan pembangunan potensi dan kesukarelawanan kumpulan belia awal dan belia pertengahan bagi mencapai matlamat Dasar Belia Malaysia;
- Khidmat nasihat dan pemudah cara bagi pelaksanaan program kerjasama dengan rakan strategik program pembangunan rakan mudaa;
- Penyelidikan dan penilaian program pembangunan rakan mudaa; dan
- Pelaksana promosi program rakan mudaa
SYARAY KELAYAKAN AHLI RAKAN MUDA
Syarat kelayakan ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Mudaa Klasik seperti berikut
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
KELEBIHAN MENJADI AHLI
Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda menjadi ahli iaitu:
- Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
- Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
- Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
- Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas
KADAR BAYARAN KAD AHLI
Kad Rakan Mudaa merupakan kad keahlian untuk program Rakan Mudaa. Kad ini diberikan kepada ahli secara PERCUMA.
Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti. Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli. Semakin tinggi taraf kad yang dimiliki, semakin hebat ganjarannya!
SENARAI PROGRAM RAKAN MUDA
Berikut adalah merupakan antara senarai program yang telah diadakan iaitu:
- Anugerah Remaja Perdana Rakan Mudaa (ARPRM)
- Mycorps Malaysia 3.0
- Rakan Mudaa Day Out
- Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM)
- Rakan Mudaa Aktif
SENARAI AKTIVITI RAKAN MUDA TERKINI
Untuk menyemak aktiviti atau program terkini, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:
CARA DAFTAR AHLI RAKAN MUDA
Sekiranya anda berminat, berikut adalah merupakan cara membuat pendaftaran iaitu:
- Layari pautan google form Rakan Mudaa Aktif
- Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengakap
- Setelah lengkap, klik Hantar
- Pendaftaran keahlian anda telah berjaya
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program rakan mudaa, anda boleh emrujuk saluran berikut:
- Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “CARA DAFTAR RAKAN MUDA NAFAS BARU(Semak Aktiviti & Program Terkini)”