GO BANK ISLAM TAK BOLEH LOGIN LAMBAT(Masalah Install Transfer Lepas Update)
Jika anda merupakan pelanggan Bank Islam, sudah semestinya anda menggunakan aplikasi Go By Bank Islam di telefon anda bagi memudahkan urusan transaksi anda. Tetapi pernah tak terjadi kepada anda masalah tak boleh nak login Go Bank Islam? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara penyelesaian, semoga membantu.
APA ITU APLIKASI GO BANK ISLAM
Go by Bank Islam adalah aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan anda mengakses akaun Bank Islam dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat melalui peranti mudah alih anda 24 jam sehari.
PERKHIDMATAN GO BANK ISLAM
Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia emlalui aplikasi ini
- Penyata akaun untuk :
- Akaun simpanan / semasa
- Akaun Deposit Bertempoh & Akaun Pelaburan
- Kad Kredit-i
- Akaun Pembiayaan
- Pindahan dana kepada senarai ‘Favourite’ anda
- Bayaran bil dalam senarai ‘favourite’ anda
- Bayaran kepada Kad Kredit-I dan akaun pembiayaan Bank Islam
- Kongsi resit transaksi kepada orang lain
- Pengesahan transaksi melebihi RM10,000 yang dibuat melalui Perbankan internet Bank Islam (pengesahan transaksi)
PUNCA TAK BOLEH LOGIN GO BANK ISLAM
Kebiasaannya masalah ini berlaku kerana kemungkinan disebabkan masalah seperti berikut:
- Cahce pada aplikasi GO Bank Islam
- Sambungan internet Anda tidak stabil.
- Kerja-kerja penyelengggaraan system oleh Bank Islam
MASALAH TAK BOLEH LOGIN GO BANK ISLAM LEPAS UPDATE
Sekiranya permasalahan ini terjadi kepada anda, kemungkinan ia masalah cache. Berikut adalah merupakan cara mengatasinya iaitu:
- Sila pergi ke Settings/Tetapan di telefon Anda.
- Pilih Pengurusan Aplikasi.
- Lepas tu cari Senarai Aplikasi.
- Selepas itu cari aplikasi Bank Islam (GO Bank Islam).
- Pilih Penggunaan Storan.
- Klik Bersihkan Data, klik OK.Atasi Tak Boleh Login App Bank Islam
- Seterusnya sila buka semula aplikasi GO Bank Islam, pilih benarkan Bank Islam membuat dan mengurus panggilan telefon.
- Sila tunggu sebentar, jika paparan aplikasi GO Bank Islam tak boleh keluar juga. Cuba padam balik, lepas tu masuk balik aplikasi.
- Selesai
MASALAH TAK BOLEH LOG MASUK GO BANK ISLAM
Setelah anda clear cahce tetepi tetap tak boleh log masuk juga,aAnda untuk uninstall atau padam aplikasi GO Bank Islam, lepas tu Anda download dan install balik aplikasi tersebut. Jika sudah, sila log masuk aplikasi GO Bank Islam seperti biasanya.
BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH GO BANK ISLAM LOGIN
Jika semua kaedah anda cuba tetapo masih tak berjaya, anda boleh menghubungi customer service Bank Islam atau mengunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
SOALAN LAZIM (FAQ) GO BANK ISLAM LOGIN
Kepada proses log masuk Go Bank Islam lambat?
- Ini adalah berkemungkinan masalah daripada internet anda. Pastikan sambungan internet Anda stabil.
Lepas berjaya logini, bolehkah saya membuat transaksi macam biasanya?
- Ya, pastinya anda boleh gunakan untuk lakukan transaksi yang anda inginkan.
Apakah baki akaun akan hilang jika terjadi permasalahan begini?
- Tidak, baki akaun anda tidak terjejas, iaitu cuma mengalami permasalahan seperti di atas
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai aplikasi GO ByBank Islam Login, anda boleh merujuk:
- Hubungi Pusat Panggilan Bank Islam: 03 – 26 900 900
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN:
3 thoughts on “GO BANK ISLAM TAK BOLEH LOGIN LAMBAT(Masalah Install Transfer Lepas Update)”