CARA TRANSFER DUIT TABUNG HAJI KE AKAUN MAYBANK (Pindah Ke MAE)

CARA TRANSFER DUIT TABUNG HAJI KE AKAUN MAYBANK (Pindah Ke MAE)

TRANSFER TABUNG HAJI MAE

Adakah anda mempunyai akaun dengan tabung haji? Sekiranya ya sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk keluarkan duit dari akaun tabung haji ke akaun bank Maybank anda. Terkini anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke kaunter tabung haji semata-mata ingin mengeluarkan duit di Tabung Haji kerana anda boleh transfer secara online sahaja. Disini kami kongsikan cara transfer duit dari akaun tabung haji ke akaun Maybank  anda guna aplikasi MAE , semoga membantu.

 

 CARA LINK TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK2U

Untuk melakukan pindahan tranfer ke akaun bank Maybank anda, seharusnya anda kena link kan kedua akaun bank ini terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Maybank2U
  2. Log Masuk akaun dengan menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada menu utama pilih TABUNG HAJI > ACCOUNT LINGKAGE
  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji yang ingin dihubungkan.Tekan SUBMIT.
  5. Tekan butang REQUEST TAC dan Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS, tekan butang CONFIRM.
  6. Selesai

 

CAJ PERKHIDMATAN TRANFER TABUNG HAJI GUNA MAE

Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM1.00

 

CARA TRANSFER DUIT TABUNG HAJI GUNA MAE

Setelah anda link kan akaun Tabung Haji dengan Maybank, berikut adalah merupakan cara tranfer:

  1. Buka aplika MAE di telefon anda dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan utama, klik pada Tranfer
  3. Kemudian masukkan password Maybank2u anda dan klik continue
  4. Pada bahagian New Tranfer, pilih Tabung Haji
  5. Pada ruangan Form, pilih no akaun Tabung Haji anda dan klik done
  6. Pada ruangan To, terdapat 3 pilihan tranfer iaitu:
    • Akaun Maybank sendiri
    • Akaun Maybank orang lain
    • Pindahan ke Akaun Tabung Haji orang lain
  7. Sekiranyan anda ingin tranfer ke auan anda sendiri, pilih pada Akaun Maybank sendiri dan klik Done, klik continue
  8. Masukkan jumlah pindahan yang anda inginkan dan klik next
  9. Masukkan rujukan penerima dan klik continue
  10. Pengesahan maklumat akan terpapar. Sekiranya betul klik Tranfer Now
  11. Pengesahan Secure2u akan diperlukan. Klik pada Approve
  12. Selesai, transaksi anda telah berjaya. Anda boleh muat turun resit dengan klik pada Share Receipt sebagai bukti transaksi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai tranfer tabung haji guna MAE, anda boleh melayari portal rasmi Maybank

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment