SENARAI PET INSURANCE TERBAIK DI MALAYSIA PRICE(Oyen AIA MSIG Kurnia)

SENARAI PET INSURANCE TERBAIK DI MALAYSIA PRICE(Oyen AIA MSIG Kurnia)

PET INSURANCE

Tahukah anda bahawa anda boleh melindungi haiwan peliharaan kesayangan anda dengan mengambil insurans. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai Pet Insurance yang ada ditawarkan serta kadar harga, semoga membantu.

 

APA ITU PET INSURANCE

Insurans haiwan peliharaan ialah polisi yang dibeli oleh pemilik haiwan dimana insurans ini direka khas untuk haiwan kesayangan anda bagi menampung kos keseluruhan bil veterinar dan lain-lain.

 

KELEBIHAN PET INSURANCE

Dengan adanya perlindungan insurans ini, kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan rawatan dan perlindungan anda dapat dijimatkan. Berikut adalah merupakan kelebihannya:

  • Haiwan peliharaan anda akan dilindungi untuk sebarang kecemasan. Sama ada penyakit atau kemalangan yang tidak dijangka, semua bil veterinar akan diuruskan.
  • Sekiranya haiwan anda memecahkan sesuatu dan menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada orang lain (atau haiwan peliharaan mereka), insurans ini akan melindungi.
  • Insurans haiwan peliharaan ini akan menampung kos pengiklanan dan ganjaran sekiranya haiwan kesayangan anda hilang dan anda mencetak risalah untuk diedarkan, semuanya dilindungi dibawah polisi ini.
  • Sekiranya haiwan kesayangan anda memasuki hospital, insurans ini akan menampung yuran tersebut

 

HAIWAN YANG LAYAK PET INSURANCE

Berikut adalah merupakan antara haiwan yang layak dilindungi menerusi insurans ini iaitu:

  • Kucing
  • Anjing

 

SENARAI HARGA PET INSURANCE

Untuk makluman anda, kadar harga insuran adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis pelan atau polisi insurans yang anda pilih. Setiap syarikat akan mempunyai harga yang berbeza berdasarkan ciri-ciri yang mereka tawarkan dan jenis haiwan peliharaan.

 

SENARAI PET INSURANCE DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan senarai insurans haiwan yang terdapat di malaysia iaitu:

 

OYEN PET INSURANCE

Berikut adalah merupakan penerangan Insurans perlindungan haiwan Oyen iaitu:

Kadar Harga Oyen 

JENIS HAIWAN PELIHARAANPELANPREMIUM BULANANPREMIUM TAHUNAN
Kucing dan Anak KucingCat BasicRM32RM299
Cat PlusRM41RM399
Cat ChampionRM51RM499
Anjing dan Anak AnjingDog BasicRM51RM499
Dog PlusRM66RM649
Dog ChampionRM80RM799

 

Manfaat Oyen 

  • Had perubatan (tahunan) (kadar tuntutan perubatan)
  • Rawatan susulan
  • Bayaran pembedahan
  • Bayaran konsultasi
  • Diagnosis/ ujian darah
  • X-ray/ ultrasound
  • Ubat-ubatan yang ditetapkan
  • Menginap di klinik
  • Kos pengebumian atau pembakaran
  • Kecederaan/kerosakan kepada pihak ketiga

 

MSIG PET INSURANCE

Berikut adalah merupakan penerangan Insurans perlindungan haiwan MSIG Malaysia iaitu:

Kadar Harga MSIG 

JENIS HAIWAN PELIHARAANPELANPREMIUM TAHUNAN
KucingPelan 1RM379.48
Pelan 2RM487.60
Pelan 3RM570.28
AnjingPelan 1RM654.02
Pelan 2RM848.00
Pelan 3RM987.92

 

Manfaat MSIG 

  • Bayaran veterinar dan bayaran pembedahan
  • Kematian akibat kecederaan atau penyakit
  • Kos pengebumian atau pembakaran
  • Kos pengiklanan & ganjaran untuk mencari haiwan peliharaan yang hilang
  • Bayaran penginapan anjing & kucing peliharaan
  • Liabiliti pihak ketiga

 

CG COVER PET INSURANCE

Berikut adalah merupakan penerangan Insurans perlindungan haiwan CG Cover iaitu:

Kadar Harga CG COVER 

MANFAATPlan 1Plan 2Plan 3
Yuran Veterinar dan PembedahanRM 2,000RM 3,500RM 5,000
Kematian akibat sakit atau kecederaanRM 2,000RM 3,500RM 5,000
Kos pengebumian atau pembakaran mayatRM 1,000RM 1,000RM 1,000
Kos pengiklanan dan ganjaran untuk pemulihan haiwan peliharaan yang hilangRM 1,000RM 1,000RM 1,000
Bayaran kandang dan katering untuk haiwan peliharaanRM 1,000RM 1,500RM 2,500
Perlindungan liabiliti pihak ketigaRM 50,000RM 75,000RM 100,000

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment