CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI SPM(Rawatan Swasta Percuma)

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI SPM(Rawatan Swasta Percuma)

SEMAK SKIM PERUBATAN MADANI

Pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menerusi Protect Health telah melancarkan Skim Perubatan MADANI (SPM) sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan awam. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semak status kelayakan bagi Skim Perubatan MADANI ini, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

 

KADAR MANFAAT SKIN PERUBATAN MADANI

Berikut adalah merupakan manfaat menerusi skim ini iaitu:

  • Isi Rumah Berkeluarga: RM 250
  • Warga Emas (tanpa pasangan): RM 125
  • Bujang: RM 75

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

 

TARIKH PERLAKSANAAN SKIM PERUBATAN MADANI

Skim Perubatan ini yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan bermula 15 Jun 2023 ini.

 

JENIS RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI

Skim Perubatan ini memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut seperti berikut:

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

 

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. layari pautan Semakan Kelayakan Skim Parubatan MADANI
  2. Masukkan no Kad pengenalan anda
  3. Tick pada I’m not a robot dan klik Semak
  4. Paparan status kelayakan anda anda tertera berserta tanggungan anda.

 

CARA DAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI

Kepada anda yang ingin mendapatakan perkhidmatan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim ini  (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Parubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.
  2. Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
  3. Had manfaat Skim Parubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan

 

SENARAI LOKASI KLINIK SKIM PERUBATAN MADANI

Berikut adalah merupakan cara semak senarai loaksi panel klinik yang berdaftar melalui skim ini yang berhampiran anda iaitu:

  1. Layari pautan  Cari Klinik Skim Parubatan MADANI
  2. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Negeri
    • Daerah
    • Bandar
    • Nama Klinik
  3. Setelah lengkap klik pada Cari
  4. Paparan lokasi klinik berhmapiran anda kan terpapr.

 

CARA SEMAK BAKI KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI

Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SKIM PERUBATAN MADANI

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya caj pakej rawatan yang dikenakan melebihi had manfaat lawatan yang ditetapkan?

  • Klinik Perubatan Swasta tidak boleh mengenakan sebarang caj rawatan tambahan kepada pesakit di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang rawatan dan/atau prosedur tambahan yang tidak tersenarai di bawah Skim ini, pihak Klinik Perubatan Swasta perlulah merujuk pesakit kepada fasiliti kesihatan awam seperti Klinik Kesihatan dan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adakah penerima Skim Perubatan MADANI akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan?

  • Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim Perubatan MADANI.

Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI?

  • Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, anda boleh melayari portal rasmi ProtecHealth atau emailkan ke [email protected]

ARTIKEL BERKAITAN:

3 thoughts on “CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI SPM(Rawatan Swasta Percuma)”

Leave a Comment