HUKUM PEGANG TERJEMAHAN AL-QURAN KETIKA HAID PERIOD TANPA WUDUK(Berlapik Kain)

HUKUM PEGANG TERJEMAHAN AL-QURAN KETIKA HAID PERIOD TANPA WUDUK(Berlapik Kain)

HUKUM PEGANG HAID PERIOD

Kepada wanita yang sedang mengalami hadas haid mahupun nifas, tahukah anda persoalan mengenai hukum pegang al quran ketika haid atau period walaupun berlapik sama ada boleh atau tidak? Disini kami akan kongsikan penerangan kepada anda, semoga embantu.

 

MAKSUD MUSHAF

Maksud mushaf ialah nama bagi yang   tertulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit. Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami

 

ADAKAH BOLEH PEGANG AL-QURAN KETIKA HAID DENGAN BERLAPIK

  • Wanita haid dilarang memegang mushaf al-Quran walaupun secara berlapik.

Huraian Jawapan:

Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT:

  • ٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
  • Maksudnya: “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79)
  • Surah al-Waqiah (78-79)
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:

  • لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ
  • Maksudnya: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci”
  • Riwayat al-Tabarani
Hukum  wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:

  • مَسُّ الْمُصْحَف   حَتَّى حَوَاشِيهِ وَمَا بَيْنَ سُطُورِهِ وَالْوَرَقِ الْبَيَاضِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ جِلْدِهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ الْمُتَّصِلِ بِهِ، وَيَحْرُمُ الْمَسُّ وَلَوْ بِحَائِلٍ، وَلَوْ كَانَ ثَخِينًا
  • “(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid  awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal “

 

APAKAH HUKUM PEGANG AL-QURAN KETIKA HAID / PERIOD

(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal

 

HUKUM MEMEGANG & MEMBACA TAFSIR AL-QURAN KETIKA HAID

Menurut Irsyad Al-Fatwa Ke-194: Hukum Memegang Tafsir Al-Quran Dalam Keadaan Berhadas, jumhur ulama` mengatakan dibolehkan bagi menyentuh, membawa dan mengulangkaji tafsir al-Quran yang mana padanya terdapat ayat-ayat al-Quran meskipun dalam keadaan berjunub.

 

HUKUM MEMBACA AL-QURAN TANPA WUDUK

Imam al-Nawawi menyebutkan: Disunatkan membaca al-Quran ketika ia dalam keadaan suci dan sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan ianya berhadas maka diharuskan, dan ini merupakan ijma’ para ulama. Imam al-Nawawi menukilkan pandangan Imam Haramain menyebut bahawa membaca al-Quran ketika berhadas bukan perkara yang makruh akan tetapi ia meninggalkan perkara yang afdhal. Imam al-Nawawi menyebut lagi, dan bagi orang yang berjunub (berhadas besar) dan haid maka haram bagi mereka membaca al-Quran.

 

HUKUM PEGANG AL-QURAN DI TELEFON DALAM KEADAAN BERHADAS (TANPA WUDUK)

Menurut IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-496: BOLEHKAH MEMBACA AL-QURAN DI DALAM TELEFON BIMBIT TANPA BERWUDUK, oleh kerana sifat aplikasi al-Quran itu berbentuk tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki, maka ia tidak dikira sebagai sebuah mushaf al Quran.

Maka kesimpulannya, hukum membaca al Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk adalah HARUS.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Hukum Pegang al-wuran semasa haid atau period, anda boleh melayari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment