PERMOHONAN TEMPAT INTERNSHIP PRAKTIKAL LATIHAN INDUSTRI(Dapat Elaun & Pengalaman)

PERMOHONAN TEMPAT INTERNSHIP PRAKTIKAL LATIHAN INDUSTRI(Dapat Elaun & Pengalaman)

TEMPAT INTERNSHIP

Kepada para pelajar yang ingin membuat permohonan latihan industri atau praktikal, semestinya membuat surat permohonan terhadap sesuatu agensi terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan tempat internship sebagai rujukan, semoga membantu.

 

APA ITU INTERSHIP

Internship (Praktikal atau Latihan Industri) adalah salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Program Latihan Industri (LI) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan

 

TEMPOH INTERNSHIP

Tempoh praktikal diadakan adalah bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi temapt pelajar menyambung pengajian.

 

CARA PERMOHONAN TEMPAT INTERNSHIP

Berikut adalah merupakan beberapa panduan untuk memohon tempat praktikal yang boleh anda rujuk iaitu:

  1. Pastokan anda senaraikan terlebih dahulu syarikat yang anda ingin mohon berdasarkan bidang pengajian anda sebaiknya dapatkan email syarikat tersebut.
  2. Pastikan anda memohon dengan menggunakan email rasmi anda
  3. Panduan penulisan email:
    • Subjek Emel
      • Tulis subjek yang menjelaskan tujuan anda menghantar emel pada syarikat tersebut.
      • Contoh: Permohonan Latihan Industri
    • Greeting
      • Anda boleh letak pembuka kata atau Greeting pada permulaan emel tersebut seperti Dear Sir, Hi Sir, beri salam dan sebagainya.
    • Mini Cover Letter
      • Masukkan maklumat mengenai diri anda dan jelaskan sikit tentang tujuan pratikal ini
    • Attach File Berkaitan
      • Lampiran beberapa file berkaitan bagi permohonan praktikal ini seperti surat dariapda IPT anda serta resume anda.
  4.  Setelah selesai menghantar email, tunggu respon daripada syarikat –syarikat yang anda mohon. Sekiranya melebihi 3 hari bekerja, anda boleh hubungi syarikat tersebut untuk dapatkan status permohonan anda.
  5. Sekiranya anda dipanggil untuk interview (jika berkaitan), sediakan segala maklumat seperti resume, sijil, artwork (jika perlu) dan surat berkaitan sebagai persediaan awal. Tetapi secara asasnya, permohonan internship tidak perlukan interview.

 

SENARAI TEMPAT INTERSHIP

Untuk memudahkan pencarian anda mencari tempat praktikal bersesuaian dengan bidang penggajian anda, anda boleh merujuk pada website berikut:

 

KADAR ELAUN INTERNSHIP

Kadar elaun tidak ditetapkan secara rasmi tetapi ianya bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh agensi yang anda mohon sekiranya anda.

 

CONTOH SURAT PERMOHONAN INTERNSHIP

Selain menggunakan email, anda juga boleh mengemukan surat rasmi permohonan terhadap agensi tersebut. Berikut adalah merupakan contoh surat permohonan iaitu:

Nama & Alamat Anda

____________________________________

Alamat Agensi Yang Dimohon

Tarikh

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan selama (tempoh anda ingin praktikal) .

2. Untuk maklumat tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan (bidang penggajian anda) di (nama IPT anda). Saya sedang mengikuti pengajian di semester keenam di mana salah satu syarat untuk menamatkan pengajian adalah dengan mengikuti program latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri berkualiti dalam bidang (pengajiaan anda). Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Bersama-sama ini saya sertakan resume / CV untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar,

………………………………

(Nama Anda)

No Telefon

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment