PERMOHONAN BERAPA LAMA PELEPASAN BANKRAP(Borang Cara Selesaikan Masalah)

PERMOHONAN BERAPA LAMA PELEPASAN BANKRAP(Borang Cara Selesaikan Masalah)

PELEPASAN BANKRAP

Sekiranya berstatus kebankrapan berskala kecil, kini anda boleh membuat permohonan pelepasan bankrap. Disini kami akan kongsikan kepada anda tindakan yang perlu dibuat dan boring permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU  PELEPASAN BANKRAP

Pelapsan ini dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360. Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan.

 

KATAGORI BANKRAP BERSKALA KECIL

Jumlah tuntutan hutang yang diperakukan dalam jumlah RM50,000 dan ke bawah.

 

KAEDAH UNTUK DILEPASKAN DARIPADABANKRAP

Terdapat 4 kaedah untuk dilepaskan daripada kebankrapannya iaitu:

  1. Perintah Pembatalan di bawah seksyen 105 Akta Insolvensi 1967;
  2. Pelepasan Melalui Perintah Mahkamah di bawah seksyen 33 Akta Insolvensi 1967;
  3. Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta Insolvensi 1967
  4. Pelepasan Automatik di bawah seksyen 33C Akta Insolvensi 1967.

 

SYARAT KELAYAKAN PELEPASAN BANKRAP

Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan kepada kategori kes kebrankapan seperti yang berikut:

  • Perintah kebrankapan telah melebihi 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/Perintah Kebrankapan
  • Jumlah hutang yang diperakui atau baki hutang terlibat tidak melebihi RM50,000.
  • Tiada perintah Mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap di bawah Akta 360 yang menghalang pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

 

TARIKH PERLAKSANAAN PELEPASAN BANKRAP

  • Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrup dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

 

CARA PERMOHONAN PELEPASAN BANKRAP

Permohonan pelepasan boleh dibuat kepada cawangan Mdl yang mentadbir kes kebrankapannya dengan cara:

  1. Hadir secara fizikal ke Pejabat MdI berdekatan, atau Hubungi Pejabat MdI melalui surat atau emel, atau Isi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967  [Akta 360] dan serahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan.
  2. Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrup, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan.
  3. Individu bankrup hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.

 

PROSEDUR PERMOHONAN PELEPASAN BANKRAP

Berikut adalah merupakan prosedur pelepasan ini iaitu:

  • Pegawai Insolvensi akan menyemak kedudukan kes dan memastikan dokumen dan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan telah lengkap dan teratur; dan
  • KPI akan mengeluarkan notis niat untuk pelepasan bankrup kepada pemiutang.

 

TEMPOH PELEPASANBANKRAP

Sekiranya tiada bantahan yang dikemukakan oleh pihak pemiutang, Bankrup dilepaskan daripada kebankrapan melalui Sijil KPI; Walaupun telah dilepaskan, bankrup masih perlu memberikan kerjasama kepada KPI sekiranya pentadbiran kebankrapan masih belum selesai (seksyen 35A Akta 36)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PELEPASAN BANKRAP

Untuk dapatkan maklumat mengenai soalan lazim mengenai pelepasan ini, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pelepasan bankrup ini, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “PERMOHONAN BERAPA LAMA PELEPASAN BANKRAP(Borang Cara Selesaikan Masalah)”

Leave a Comment