SOALAN BANK CALL UNTUK LOAN KERETA PENGESAHAN(Tips Lulus Interview)

SOALAN BANK CALL UNTUK LOAN KERETA PENGESAHAN(Tips Lulus Interview)

BANK CALL LOAN

Sekiranya anda mempunyai perancangan mahu beli kereta tetapi tidak mampu untuk membayar secara tunai, semestinya anda akan membuat pinjaman bank. Untuk makluman anda, untuk dapatkan kelulusan bank bagi pinjaman kereta ini, pihak bank akan hubungi untuk interview anda. Disini kami akan panduan kepada anda panduan untuk lulus interview bagi menjawab soalan Bank Call loan, semoga membantu.

 

APA ITU BANK CALL INTERVIEW LOAN

Call interview ini adalah merupakan salah satu proses proses temuduga telefon yang dijalankan oleh bank untuk menilai kelayakan pelanggan yang ingin memohon pinjaman kereta bagi memberikan kelulusan permohonan pinjaman

 

TUJUAN BANK CALL INTERVIEW LOAN

Tujuan interviewini adalah untuk mengenal pasti sama ada pelanggan mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman dan juga untuk menentukan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan.

 

PERSIAPAN SEBELUM BANK CALL INTERVIEW LOAN

Sekiranya anda telah membuat permohonan pinjaman bank untuk memberli kereta, pastikan anda membuat persiapan awal sebelum di interview seperti:

  • Mengkaji syarat-syarat permohonan
    • Pastikan anda memahami syarat-syarat permohonan pinjaman kereta yang ditetapkan oleh bank, seperti syarat kelayakan, tempoh bayaran balik, kadar faedah dan lain-lain.
  • Siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan
    • Pastikan anda telah mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan majikan, penyata bank, kad pengenalan dan lain-lain.
  • Kaji semula maklumat peribadi
    • Pastikan anda memahami dengan jelas maklumat peribadi anda seperti pendapatan, perbelanjaan bulanan dan juga maklumat pekerjaan.
  • Latihan kemahiran berkomunikasi
    • Pastikan anda dapat berkomunikasi dengan jelas dan tepat semasa temuduga telefon.
  • Bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan
    • Pastikan anda bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan jelas dan tepat.

 

CARA UNTUK LULUS BANK CALL INTERVIEW LOAN

Setelah anda memahami persiapan awal, pastikan anda memberikan maklumbalas dengan penuh keyakinan seperti:

  1. Sebelum memohon pinjaman, pertimbangkan semula keperluan dan kemampuan untuk membayar balik.Apabila menerima panggilan daripada pihak bank, pastikan anda telah memahami syarat-syarat pinjaman serta sediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Ketika ditemuduga pastikan anda bersikap yakin dan sopan.
  3. Apabila diminta maklumat, berikan maklumat yang teliti dan jujur tentang keadaan kewangan anda dan juga niat memohon pinjaman.
  4. Sekiranya anda mempunayi persoalan atau kekeliruan berkaitan pinjaman ini, anda boleh terus tanyakan pegawai berkenaan.
  5. Pastikan anda memberikan jaminan yang memadai seperti penjamin atau cagaran jika diperlukan.

 

CONTOH SOALAN BANK CALL INTERVIEW LOAN

Berikut adalah merupakan beberapa contoh soalan yang akan ditanya iaitu:

  • Mengapa anda memerlukan pinjaman kereta?
  • Berapa jumlah pinjaman yang anda ingin memohon?
  • Bagaimana anda merancang untuk membayar balik pinjaman?
  • Berapakah pendapatan bulanan anda?
  • Apakah jenis kereta yang anda ingin beli?
  • Adakah anda mempunyai sebarang komitmen kewangan lain?
  • Adakah anda pernah memohon pinjaman dari bank sebelum ini?
  • Bagaimana anda akan menguruskan pembayaran pinjaman jika berlaku masalah kewangan?
  • Adakah anda mempunyai sebarang jaminan bagi pinjaman ini?
  • Bagaimana anda menguruskan kewangan dan perbelanjaan bulanan anda?

 

PANDUAN SELEPAS BERJAYA BANK CALL INTERVIEW LOAN

Sekiranya anda berjaya melepasi interview ini, pastikan anda melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan majikan, penyata bank dan lain-lain untuk pihak bank menilai semula permohonan pinjaman dan membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak pinjaman anda.

 

PUNCA TIDAK MENERIMA BANK CALL INTERVIEW LOAN

Sekiranya anda tidak menerima panggilan interview ini, berikut adalah merupakan punca-puncanya:

  1. Central Credit Reference Information System (CCRIS) anda bermasalah
  2. Gaji Pokok Rendah adalah merupakan halangan untuk dapatkan pinjaman.
  3. Nama Kena Blacklist seperti tidak membayar pinjaman sebelumnya atau sebagainya
  4. Nama anda tersenarai dalam CTOS (Credit Tip Off Service)
  5. Anda berumur 23 tahun ke bawah kemungkinan pihak bank sukar untuk luluskan pinjaman.
  6. Anda mempunyai Komitmen Bulanan Tinggi
  7. Masalah PTPTN

ARTIKEL BERKAITAN:

3 thoughts on “SOALAN BANK CALL UNTUK LOAN KERETA PENGESAHAN(Tips Lulus Interview)”

Leave a Comment