BERAPA LAMA DAPAT DUIT WTD(Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut)

BERAPA LAMA DAPAT DUIT WTD(Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut)

WTD WANG TAK DITUNTUT

Tahukah anda bahawa Jabatan Akauntan Negara telah melancarkan sistem eGUMIS bagi memudahkan urusan semakan Wang Tak Dituntut (WT) secara online.Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan WTD dan juga tempoh duit masuk akaun bank, semoga membantu.

 

APA ITU WANG TAK DITUNTUT

Wang tak dituntut atau WTD merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

 

JENIS WANG TAK DITUNTUT

Berikut adalah merupakan contoh jenis wang tak dituntut iaitu:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan; dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  • Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:
    • Akaun simpanan;
    • Akaun semasa;
    • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

 

KENAPA SUSAH PERMOHONAN WANG TAK DITUNTUT

Untuk makluman anda, pada masa kini proses pemohonan tuntutan WTD adalah mudah dan cepat hanya secara online sahaja.

 

SYARAT PERMOHONAN WANG TAK DITUNTUT

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  1. Empunya/pemilik WTD sendiri;
  2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  3. pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  4. Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

 

CARA SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)

Kepada anda yang ingin membuat semakan dan permohonan pengeluaran WTD, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal eGumis 
  2. Log masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu, anda dikehendaki untuk membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.
  3. Setelah berjaya log masuk klik pada Carian Wang Tak Dituntut
  4. Masukkan No. Pengenalan anda dan klik Cari
  5. Paparan transaksi WTD anda yang tersedia akan tertera

 

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PROSES WANG TAK DITUNTUT

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa proses permohonan iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis / Passport/ Pendaftaran Syarikat (hadapan dan belakang)
  • Salinan kad pengenalan Salinan penyata akaun bank aktif/ (likuidasi)

 

CARA PERMOHONAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)

Sekiranya anda mempunyai transaksi WTD, berikut adalah permohonan pengeluaran wang tersebut:

  1. Layari pautan portal eGumis 
  2. Log masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu, anda dikehendaki untuk membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.
  3. Setelah berjaya log masuk klik pada Carian Wang Tak Dituntut
  4. Masukkan No. Pengenalan anda dan klik Cari
  5. Paparan transaksi WTD anda yang tersedia akan tertera
  6. Tick pada kotak transaksi WTD anda dan tekan Next untuk Borang Permohonan
  7. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut di maklumat Perihal Pemohon dan klik seterusnya
  8. Kemudian muat naik dokumen yang diperlukan dan klik seterusnya
  9. Semak kembali maklumat anda, dan tick pada terma dan syarat
  10. Selesai, rekod permohonan berjaya dihantar

 

TEMPOH PROSES PEMBAYARAN WANG TAK DITUNTUT

Tempoh pembayaran ke akaun bank anda akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas anda menerima emel pengesahan permohonan anda

 

SOALAN LAZIM (FAQ) WANG TAK DDITUNTUT

Apa maksud Wang tak dituntut atau WTD?

  • Wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Adakah saya boleh semak rekod WTD yang lama?

  • Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Berapa kali saya boleh buat carian sehari?

  • Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.

Adakah wang dalam akaun yang tidak aktif dikira wang tak dituntut?

  • Ya,wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD

Bagaimakah cara buat semakan eGUMIS?

  • Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda pertayaan dan ingin maklumat lanjut mengenai permohonan Wang Tak Dituntut, anda boleh merujuk garis panduan tuntutan WTD

ARTIKEL BERKAITAN

7 thoughts on “BERAPA LAMA DAPAT DUIT WTD(Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut)”

  1. Kenapa lama sangat proses bayaran wang tak dituntut yang disahkan. Janji 30 hari tapi sekarang sudah melebihi 30 hari belum dibank in. Cakap tak serupa bikin. Piagam pelanggan sila kelaut.

    Balas
  2. Permohonan online 16 Ogos 2023,terima notifikasi pengesahan dokumen 21 Ogos 2023.sehingga hari ini belum masuk2 duit.cakap selepas terima notifikasi pengesahan dokumen proses duit masuk selama 30 hari.ada beberapa hari lagi habis bulan september duit tak masuk lagi..tunggu tunggu tiada harapan😓

    Balas
    • Saya dpt email notifications pada 25 July 2023 tapi duit masuk pada 13 Sept 2023. Lebih drpd 30 hari bekerja itupun selepas saya dapat menembusi hotline eGumis utk buat complaint

      Balas

Leave a Comment