WAKTU WUKUF ARAFAH DI MALAYSIA(Doa & Amalan Sunnah)

WAKTU WUKUF ARAFAH DI MALAYSIA(Doa & Amalan Sunnah)

WAKTU WUKUF ARAFAH

Semestinya Waktu Wukuf Arafah adalah hari yang sangat istimewa buat umat Islam di seluruh dunia. Amalan terbaik yang boleh dilakukan pada waktu ini adalah melakukan amalan sunnah dan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU WAKTU WUKUF

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji yang melibatkan penunai haji berkumpul di Arafah pada 9 Zulhijah dalam takwim Hijrah (Hari Arafah). Wukuf dilakukan bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, yaitu di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah.

Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah sebelum permohonan ampun mereka akhirnya diterima Allah. Dengan ini, Padang Arafah bertindak sebagai menjadi tempat muhasabah diri dengan menyesali segala dosa yang dilakukan sebelum ini dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Ibadah wukuf dilaksanakan pada selepas gelincir matahari (masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum subuh pada 10 Zulhijjah.

 

SYARAT-SYARAT WUKUF

Berikut adalah merupakan syarat-syararnya iaitu:

  • Berada dalam ihram dengan niat haji
  • Ahli ibadat (tidak gila / mabuk / hilang akal / murtad sepanjang masa wukuf)
  • Berada di bumi Arafah walau seketika dalam waktu wukuf

 

TARIKH WAKTU WUKUF ARAFAH 2023

Tarikh Hari Waktu Wukuf / Arafah di Malaysia adalah pada 9 Zulhijjah 1444 bersamaan 27-28 Jun 2023.

 

AMALAN SUNNAH KETIKA WAKTU WUKUF ARAFAH

Berikut adalah merupakan antara amalan sunnah yang boleh dilakukan ketika waktu wukuf iaitu:

  • Solat berjemaah
  • Bertalbiah
  • Berzikir
  • Solat sunat
  • Membaca Al-Quran
  • Berdoa, berselawat, beristighfar
  • Puasa sunat

 

DOA KETIKA WAKTU WUKUF ARAFAH

Berikut adalah merupakan antara doa yang boleh dibaca iaitu:

Doa / Zikir Nabi SAW semasa hari Arafah

  • لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
  • Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.”

Doa Wukuf – Penyerahan Diri Kepada Allah

  • اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ
  • Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada Mu aku akan kembali, dan milik Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”

Doa Memohon Keampunan Allah SWT Ketika Hari Wukuf

  • اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
  • Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’

Doa Memohon Keampunan Bagi Kedua Ibu Bapa Ketika Hari Wukuf

  • رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
  • Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Doa Memohon Rahmat Allah SWT

  • رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
  • Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Waktu Wukuf Arafah, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “WAKTU WUKUF ARAFAH DI MALAYSIA(Doa & Amalan Sunnah)”

Leave a Comment