CONTOH KERJA AMAL DI SELANGOR KL JOHOR MELAKA(Boleh Joint Dapat Sijil & Pengalaman)

CONTOH KERJA AMAL DI SELANGOR KL JOHOR MELAKA(Boleh Joint Dapat Sijil & Pengalaman)

KERJA AMAL

Kepada anda yang seringkali terlibat dalam aktiviti kerja amal, semestinya anda terima sijil penghargaan. untuk pengetahuan anda sebenarnya anda boleh masukkan juga aktiviti tersebut dalam resume anda dan ia menunjukkan keaktifan anda dalam program ini. Di sini kami akan kongsikan kepada anda contoh aktiviti yang boleh di sertai, semoga membantu.

 

APA ITU KERJA AMAL

Kerja amal ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material dan memberi manfaat kepada golongan sasaran. Kegiatan ini melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat.

 

KELEBIHAN KERJA AMAL

Dalam maksud yang luas, kegiatan boleh dilihat sebagai suatu konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan. Berikut adalah merupakan eklebihannya:

  • Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat
  • Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik
  • Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah
  • Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu
  • Memupuk perpaduan antara masyarakat
  • Melahirkan individu yang bersikap empati

 

GOLONGAN YANG BOLEH DIBANTU MELALUI KERJA AMAL

Berikut adalah merupakan antara golongan yang dibantu seperti:

  • Golongan B40
  • Asnaf
  • Ibu bapa tunggal
  • Orang kelainan upaya (OKU)
  • Golongan kurang berkemampuan
  • Warga emas

 

CONTOH AKTIVITI KERJA AMAL

Berikut adalah merupakan antara contoh aktiviti amal yang boleh anda sertakan iaitu::

AKTIVITI KERJA AMALKETERANGAN
Memberi Sumbangan MakananAnda juga boleh menyertai program sumbangan makanan kepada golongan gelandangan, asnaf dan sebagainya seperti makanan yang telah siap dimasak dan edarkannya
Lawatan Ke Pusat JagaanAnda juga boleh menyertai aktivi lawatan ke pusat jagaan bagi memberikan keseronokkan dan menghilangkan kesunyian kepada penghuni pusat tersebut dengan membuat program-program menarik
Gotong-RoyongKebersihan kawasan hendaklah dijaga dengan baik. Pada waktu kelapangan anda boleh serta program  gotong-royong seperti mencuci kawasan rumah, membaiki peralatan yang rosak, mengecat, menghias dan sebagainya
Memberi ilmu kemahiranAnda juga memboleh memberikan ilmu atau pengalaman anda tentang kemahiran asas kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf dan sebagainya
Memberi Bantuan Barang DapurAnda juga boleh turut serta dalam program pemberian barangan dapur kepada golongan yang memerlukan atau golongan yang ditimpa keksusahan akibat bencana. Antara barangan dapur asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “CONTOH KERJA AMAL DI SELANGOR KL JOHOR MELAKA(Boleh Joint Dapat Sijil & Pengalaman)”

Leave a Comment