CARA PINDAH DUIT MATA GANJARAN TIKTOK KE AKAUN BANK(Transfer TikTok Rewards)

CARA PINDAH DUIT MATA GANJARAN TIKTOK KE AKAUN BANK(Transfer TikTok Rewards)

DUIT TIKTOK AKAUN BANK

Kepada anda pengguna Tiktok, seharusnya anda memperolehi ganjaran tersedia melalui Tiktok. Semestinya anda ingin mengetahui cara untuk pindahkan duit matar ganjaran tiktok tersebut ke akaun bank. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU MATA GANJARAN TIKTOK

TikTok Rewards (Ganjaran TikTok) ialah tanda penghargaan daripada TikTok kepada komuniti penggunanya di seluruh dunia. Ia adalah mata wang ganjaran yang diperoleh di bawah program rujukan TikTok.

 

KELEBIHAN MATA GANJARAN TIKTOK

Melalui ganjaran TikTok, anda dapat menebusnya seperti berikut:

  1. Anda boleh menebus ganjaran rujukan TikTok hasil titik peluh anda dengan wang sebenar ke dalam akaun bank.
  2. Anda juga boleh menebus ganjaran TikTok anda sebagai kupon atau tambah nilai mudah alih di negara tertentu. Ganjaran akan ditukar kepada wang tunai pada kadar tetap.

 

CARA DAPATKAN MATA GANJARAN TIKTOK

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan Ganjaran TikTok iaitu:

  1. Invite pengguna baharu
    • Boleh diperoleh apabila pengguna sedia ada menjemput pengguna baharu untuk menyertai platform. Sebaik sahaja pengguna baharu membuat profil dan masuk melalui kod jemputan rakan mereka, perujuk mula memperoleh pendapatan.
  2. Muat Naik Video
    • Untuk memperoleh lebih banyak lagi melalui TikTok Rewards, pengguna baharu boleh mengambil bahagian dalam tugas menonton video biasa yang boleh diakses daripada halaman aktiviti. Ini akan membolehkan pengguna baharu dan perujuk mereka memperoleh Ganjaran TikTok.
    • Aktiviti menonton video sebegini biasanya terikat pada masa. Oleh itu pengguna baharu mesti menonton video dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk kedua-dua pihak layak mendapat ganjaran. Teruskan menyemak halaman aktiviti untuk mendapatkan kemas kini dan tawaran terkini!

 

KADAR DUIT MATA GANJARAN TIKTOK

Berikut adalah merupakan kadar tukaran ganjaran tiktok iaitu:

  • 100 mata ganjaran = RM0.01

Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai  10,000 mata ganjaran ianya bersamaan RM1.00

 

CARA TRANFER DUIT MATA GANJARAN TIKTOK KE AKAUN BANK

Kepada anda yang ingin mengeluarkan duit mata ganjaran daripada Tiktok, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TikTok dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama klik pada Profil
  3. Seterusnya klik pada Tiktok Reward yang berada di penjuru atas kiri
  4. Pada bahagian ini jumlah mata ganjaran TikTok terkumpul akan dipaparkan beserta beberapa maklumat tambahan yang lain.
  5. Untuk keluarkan Duit mata ganjaran ke akaun bank, klik pada Keluarkan yang berada di penjuru kanan atas
  6. Pada bahagian ini akan tersenerai beberapa amaun yang dibenarkan untuk pengeluaran iaitu:
    • RM5
    • RM25
    • RM50
    • RM500
  7. Pilih amaun pengeluaran mengikut baki semasa ganjaran anda dan klik pada Mengeluarkan
  8. Kemudian klik pada Tambah Kaedah Pengeluaran Baru, seterusnya klik pada Pindahan Bank
  9. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
    • Negara
    • Negeri
    • Email
  10. Setelah lengkap klik pada Serah
  11. Untuk meneruskan transaksi pengeluaran anda, klik pada Keluarkan Sekarang
  12. Paparan maklumat pengeluaran akan tertera, semak dan klik pada Sahkan untuk Mengeluarkan
  13. Selesai, paparan status transaksi akan tertera

 

TEMPOH DUIT DUIT MATA GANJARAN TIKTOK MASUK AKAUN BANK

Untuk makluman anda, proses pengeluaran duit ganjaran ke akaun bank ini akan mengambil kurang daripada 1 jam untuk dikreditkan ke akaun bank anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai TikTok Rewards, anda boleh melayari portal rasmi TikTok

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment