BARANG KEPERLUAN BERSALIN (Senang Bila Sedia Awal)

BARANG KEPERLUAN BERSALIN (Senang Bila Sedia Awal)

BARANG KEPERLUAN BERSALIN

Kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata, sudah semestinya anda membuat persiapan awal untuk membeli barangan keperluan bersalin. Seharusnya persiapan awal harus dilakukan berdasarkan persediaan kewangan dan perancangan bersalin anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai barangan yang diperlukan, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU DIBUAT PERSIAPAN AWAL?

Seharusnya dibuat persiapan awal menyediakan barang keperluan bersalin dengan secukupnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sekiranya anda tidak membuat persiapan awal, ia akan menyebabkan anda berada dalam keadaan kelam kabut dan barang-barang yang penting boleh ketinggalan.

 

SENARAI BARANG KEPERLUAN BERSALIN

Pastikan anda sediakan antara barangan keperluan seperti berikut supaya dapat membuat persiapan awal iaitu:

PERSEDIAAN BARANGAN BERSALINKEGUNAAN
Stokin Tebal

 

stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan sehingga boleh menyebabkan masuk angin.
Pakaian

 

Sediakan satu set baju dan kain batik atau skirt yang boleh digunakan sekiranya baju anda basah akibat ketuban pecah semasa dalam perjalanan atau waktu menunggu.
Seluar Dalam Pakai Buang Ibu BersalinSeluar dalam pakai buang sangat sesuai untuk persediaan ibu lepas bersalin sepanjang berada di wad hospital.
TualaBawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital. Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya.
Tudung SarungSediakan satu atau dua tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad bersalin.
Minyak AnginMinyak angin jangan lupa bawa. Ia sangat penting untuk membantu melegakan pening kepala, loya, muntah, sakit perut dan sebagainya.
TisuSediakan juga tisu kering dan tisu basah untuk pelbagai kegunaan kelak. Ia boleh digunakan untuk keperluan ibu dan juga bayi.
Pad BersalinJangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin. Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor
Getah RambutSebaiknya bawa getah rambut tambahan di dalam beg anda untuk keselesaan anda kelak.
TelekungBagi Umat islam sebaiknya anda membawa telekung untuk digunakan apabila waktu solat tiba
Jaket/SweaterSuhu di wad hospital sememangnya sangat sejuk sehingga boleh membuatkan anda menggigil kerana kesejukan.
 Nursing Bra

 

Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi.
SeliparBawa sepasang selipar baru untuk dipakai di wad hospital. Jangan bawa selipar lama yang sudah licin tapaknya tau
Makanan Pemberi Tenaga (Energy Bars)Makanan ini akan membantu memberikan anda tenaga sepanjang proses bersalin dan selepas bersalin seperti kurma ataupun Snickers/Mars
Kit Penjagaan DiriSediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya.

 

ARTIKEL LAIN

SAMPLE SUSU PERCUMA 2023 MALAYSIA (Fernleaf Similac Dugro S26)

Leave a Comment