CARA BUAT RUANG SOLAT DI RUMAH (Murah & Cantik)

CARA BUAT RUANG SOLAT DI RUMAH (Murah & Cantik)

RUANG SOLAT RUMAH

Kepada anda yang ingin mencari panduan untuk mewujudkan ruang solat yang selesa di rumah, disini kami akan kongsikan kepada anda caranya. Semoga membantu.

 

CARA TENTUKAN ARAH KIBLAT

Pastikan anda tentukan arah kiblat di rumah terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya iaitu:

Kaedah tradisional/ Istiwa A’adzam
  • Berlaku 2 kali setahun
  • 28 Mei (5.16 petang) & 16 Julai (5.28 petang) untuk tahun biasa seperti 2021 dan 2022
  • 27 Mei (5.16 petang) & 15 Julai (5.28 petang) untuk tahun lompat seperti 2020, 2024 dan 2048
Kompas kiblat
  • Berdasarkan kaedah saintifik maklumat geofizik dan geodetic terkini.
  • Rujuk nombor indeks negara.
  • Tak digalak guna dalam bangunan kerana gangguan tarikan magneti.
Aplikasi telefon pintar
  • Telefon pintar dengan GPS dan internet.
  • Aplikasi MySolat dibangunkan JAKIM untuk arah kiblat, waktu solat, doa dan zikir.

 

PANDUAN SEDIAKAN RUANG SOLAT YANG SELESA

Kepada anda yang ingin menyediakan ruang solat yang selesa, murah dan cantik, berikut adalah merupakan langkah-langkahnya:

Saiz Ruang SesuaiPastikan anda mengetahui ruang yang mana sesuai untuk dijadikan ruang solat di rumah anda. Pastikan keluasan tersebut bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga yang ada agar selesa untuk solat berjemaah bersama
Sesuaikan Dengan Arah KiblatPastikan arah kiblat sebaiknya terus ke dinding hadapan di mana ruangan tersebut tiada ganguan untuk orang lalu lalang dan sebaiknya tidak mengadap ke bilik air.
Perabot MinimumPastikan ruang solat hanya sekadar diletakkan tempat gantungan sejadah, telekung serta kain pelikat, tempat letak Al-Quran dan buku-buku keagamaan dan kitab Al-Quran serta rehal.
Warna TenangWarna ini menghasilkan ciri yang sejuk dan nyaman terutama ketika anda nak beribadah. Anda juga boleh mengunakan warna pastel untuk kelainan ruang solat anda.
Karpet Tebal SelesaSebaiknya anda memilih karpet yang plain untuk ruangan solat kerana tujuan utama meletakkan karpet adalah keselesaan untuk anda beribadah. Pastikan corak karpet tiada corak unsur haiwan dan manusia.
Cahaya & UdaraSebaiknya  biarlah ruangan tersebut mempunyai cahaya dan udara dari sumber alam semula jadi. Sebolehnya ruang solat ini berdekatan dengan tingkap.
Hiasan DindingCukup sekadar ada karya seni keagamaan seperti gambar Kaabah ke atau khaligrafi khat ayat suci Al-Quran atau seni khat Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Harumkan RuangAnda juga boleh sediakan wangian yang lembut dan segar di ruang solat. Barulah anda rasa selesa dan nyaman untuk solat di ruangan itu. Jika anda rajin, boleh juga sediakan wangian asli dari bunga-bungaan.
Pokok HijauBagi menghidupkan ruang solat, anda juga boleh meletakkan hiasan tambahan seperti pokok hiasan yang hidup.
Tempat WudukAnda boleh juga menyediakan 1 paip untuk memudahkan anda berwuduk. Pastikan tempat mengambil wuduk berhampiran dengan ruangan solat ataupun tempat ambil wuduk mini di dalam ruang solat yang dibina.
Jam AzanAnda boleh menggantungkan jam berserta waktu solat itu supaya mudah untuk anda tahu telah masuk waktu solat dan bolehlah solat di awal waktu.

 

ARTIKEL LAIN

BARANG PERALATAN DAPUR UNTUK ISTERI (Pilihan Hadiah Yang Praktikal)

4 thoughts on “CARA BUAT RUANG SOLAT DI RUMAH (Murah & Cantik)”

Leave a Comment