CARA PENJAGAAN BERKHATAN (Pengalaman Luka Bengkak Bernanah Bersunat)

CARA PENJAGAAN BERKHATAN (Pengalaman Luka Bengkak Bernanah Bersunat)

CARA PENJAGAAN BERKHATAN BERSUNAT

Kepada ibu bapa, samemestinya apabila cuti sekolah tiba akan mengambil keputusan untuk mengkhatankan atau sunat anak mereka bersama sanak saudara yang lain. Bagi ibu bapa yang kali pertamanya, disini kami akan kongsikan kepada anda cara penjagaan berkhatan atau bersunat. Semoga membantu.

 

APA ITU KHATAN/SUNAT

Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau “bersunat” merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

 

KELEBIHAN BERKHATAN/BERSUNAT LELAKI

Selain berdasarkan nasihat Agama, berkhatan pada dasarnya mempunyai banyak faedah yang baik untuk kesihatan. Berikut adalah merupakan manfaatnya:

  • Mengurangi risiko terjangkit penyakit menular seksual beserta komplikasinya, seperti epididimitis dan orchiitis (radang testis) yang bisa menurunkan kesuburan.
  • Mengurangi risiko terkena infeksi saluran kemih (ISK).
  • Mencegah terjadinya fimosis atau ketidakmampuan untuk menarik kembali kulit penis atau kulup.
  • Mencegah balanitis (radang pada ujung kepada penis) dan balanoposthitis (radang pada kepada penis dan kulup).
  • Mengurangi risiko terjadinya kanker serviks pada pasangan wanita dan juga kanker penis.

 

CARA PENJAGAAN BERKHATAN/BERSUNAT

Berikut adalah merupakan cara penjagaan luka kepada anak yang lepas berkhatan/bersunat supaya tidak memudaratkan kesihatan anak iaitu:

  1. Pastikan tidak dibiarkan balutan luka tidak dibuka terlalu lama melebihi 72 jam. Sebaiknya ianya perlu dibuka untuk pantau komplikasi berikut:
    • Jangkitan/nanah
    • Bengkak/bentan
    • Jahitan terbuka
    • Keruping melekat pada balutan
  2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline.
    • Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
    • Cuci luka dengan normal saline
    • Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
    • Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
  3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
    • Tahan sakit: diambil bila perlu
    • Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
    • Ubat cucian: lazimnya normal saline
    • Elak sapu minyak/herba pada luka
  4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
  5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
  6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
  7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
  8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
  9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
    • Sakit/bengkak melampau
    • Nanah yang banyak
    • Demam tinggi
    • Tak boleh kencing
  10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
    • Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
    • Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
    • Gam: tak perlu jumpa doktor semula

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA PENJAGAAN BERKHATAN (Pengalaman Luka Bengkak Bernanah Bersunat)”

Leave a Comment