CARA KAWAL ANAK TANTRUM (Ubah Atasi Punca Handle)

CARA KAWAL ANAK TANTRUM (Ubah Atasi Punca Handle)

KAWAL ANAK TANTRUM

Tantrum adalah masalah yang paling biasa pada kanak-kanak kecil. Tidak jarang ibu bapa sukar untuk menangani dan menangani anak-anak yang mengamuk terutama di tempat awam. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara kawal anak tantrum, semoga membantu.

 

APA ITU TANTRUM

Tantrum (atau tantrum temper) adalah ledakan emosi, biasanya dikaitkan dengan anak-anak atau orang-orang dalam kesulitan emosional, yang biasanya ditandai dengan sikap keras kepala, menangis, menjerit, berteriak, menjerit-jerit, pembangkangan, mengomel marah, resistensi terhadap upaya untuk menenangkan dan, dalam beberapa kasus, kekerasan. Kendali fisik bisa hilang, orang tersebut mungkin tidak dapat tetap diam, dan bahkan jika “tujuan” orang tersebut dipenuhi dia mungkin tetap tidak tenang

 

TANDA ANAK TANTRUM

Kepada ibu bapa perlu mengetahui tanda tantrum pada anak yang sudah melebihi batas. Berikut alah merupakan tandanya:

  • Kerap mengamuk.
  • Mengamuk dalam waktu yang lama.
  • Saat mengamuk, melakukan kontak fisik dengan orang lain.
  • Marah sampai melukai diri sendiri.

 

PUNCA ANAK TANTRUM

  • Istilah ini digunakan apabila kanak-kanak menangis, merengek, menjerit, menendang atau memukul. Keadaan ini biasanya berlaku pada kanak-kanak kecil berumur 1 hingga 3 tahun.
  • Kanak-kanak yang mengamuk biasanya disebabkan oleh perasaan jengkel, marah dan kecewa. Ia juga boleh muncul kerana kanak-kanak berasa letih, lapar, dan tidak selesa.
  • Tindakan agresif ini berlaku kerana kanak-kanak sukar untuk menyatakan apa yang mereka mahu dan perlukan.

 

PERANAN IBU BAPA KETIKA ANAK TANTRUM

Berikut adalah langkah yang boleh digunakan sekiranya anak sedang tantrum iaitu:

  1. Bersabar
    • Tidak melakukan kekasaran kepada anak selagi ia masih boleh dikawal.
    • Bagi anak-anak yang belum boleh faham situasi, dalam lingkungan umur 0-5 tahun, ibu ayah harus berhati-hati apabila guna kekasaran. Ia boleh rosakkan perkembangan psikologi dan emosi anak-anak.
  2. Tidak memberi perhatian
    • Jika tingkah laku anak terlau mencabar ditunjukkan di rumah, antara teknik yang boleh diaplikasi ialah tidak pandang dan beri perhatian. Sedikit pun tidak menunjukkan reaksi.
    • Selepas si anak menyedari kita tidak mempedulikannya, dia mungkin datang dan memaksa kita memandang wajahnya.
  3. Mengalihkan perhatian kepada benda lain
    • Mengaliah perhatian anak kepada sesuatu yang lain seperti menangis nak sesuatu benda yang sudah habis, boleh beri idea atau pilihan lain untuk menggantikan perkara itu.
  4. Meneruskan rutin
    • Teruskan dengan rutin tanpa mempedulikan sikap mengada-ngada atau mengamuk itu. Jika anak anda jenis yang sukakan perhatian, jika kita tidak pedulikannya, dia akan rasa gelisah dan resah.

 

CARA HANDLE ANAK TANTRUM

Berikut adalah langkah yang boleh digunakan untuk mengawal sekiranya anak sedang tantrum iaitu:

  1. Taming Tantrum
    • Acknowledge apa yg anak tengah rasa tanpa memberi apa yang dia minta. Contohnya anak mengamuk nak main gunting. Explain pada anak kenapa dia tak boleh main gunting dan offer pada dia barang yg boleh di main.
    • Validate emosi anak dan jangan menidakkan apa yang anak rasa.
    • Bantu anak untuk luahkan apa dia rasa dengan cara yang betul.
  2. Managing Meltdown
    • Cari tempat yang selamat dan sunyi dimana anak boleh melepaskan emosi dia
    • Menjerit, menangis, memukul itu adalah part of communication anak.

 

CARA UBAH ANAK TANTRUM

Berikut adalah langkah yang boleh digunakan untuk mengubah anak tantrum iaitu:

  1. Masa
    • Luangkan banyak masa anda bersama anak-anak tanpa sebarang aplikasi sosial
  2. Sentuhan
    • Banyakkan sentuhan dengan anak seperti peluk dan cium anak
  3. Layanan
    • Sentiasa bersama anak dan melayan anak bermain bersama-sama sambil memberi pembelajaran kepada anak
  4. Pujian
    • Sentiasa memberi pujian kepada anak apabila mereka mencuba sesuatu perkara baru.
  5. HadiaH
    • Hadiah yang paling berharga untuk anak anak adalah kehadiran ibu ayah tu sendiri dalam dunia mereka.

 

CARA ATASI ANAK TANTRUM

Berikut adalah langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi anak tantrum iaitu:

  1. Pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan sel-sel otak berkembang sepenuhnya
  2. Kerap komunikasi dan adakan perbualan dengan anak sekerap mungkin Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur 1 hingga 3 tahun, anda perlu melibatkan diri dalam perbualan dengan anak-anak anda sekerap mungkin untuk menggalakkan perkembangan EQ mereka.
  3. Mengajar anak anda untuk menghormati hak orang lain & bawa anak untuk meneroka sekerap mungkin

 

ARTIKEL LAIN

UJIAN KANSER SERVIKS PERCUMA (Cara Buat Ujian HPV DNA)

1 thought on “CARA KAWAL ANAK TANTRUM (Ubah Atasi Punca Handle)”

Leave a Comment