CARA SOLAT NIAT JENAZAH (Lelaki Perempuan & Kanak-Kanak)

CARA SOLAT NIAT JENAZAH (Lelaki Perempuan & Kanak-Kanak)

CARA SOLAT JENAZAH

Sekiranya anda ingin mencari panduan dan niat solat jenazah bagi lekaki dan perempuan, di sini kami akan kongsikan kepada anda.

 

APA MAKSUD SOLAT JENAZAH

Solat jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang yang masih hidup kepada orang yang mati. Tujuan solat ini adalah untuk memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah untuk si mati.

Jenazah adalah perkataan arab yang berasal daripada perkataan dasar janaza ( جَنَزَ ) yang bermaksud menutupi, mengumpul atau meletakkan.

Jenazah ( جنازة ) pula bermaksud orang yang telah mati yang diletakkan di dalam usungan, dan akan dibawa ke kubur untuk dikebumikan. T

 

HUKUM SOLAT JENAZAH

Menurut ijmak ulama, solat jenazah ke atas jenazah yang bukan mati syahid adalah fardu kifayah, iaitu bagi orang yang masih hidup di kawasan tersebut. Sekiranya ada pihak yang telah melakukannya, walaupun seorang, maka terlepaslah kewajipan ke atas orang lain.

Ia sunat dilakukan secara berjemaah, namun sah apabila dibuat seorang diri. Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati.

 

BILAKAH WAKTU SOLAT JENAZAH

Diharuskan solat jenazah pada semua waktu kerana solat ini adalah solat yang mempunyai sebab.

 

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH

Berikut adalah antara perkara sunat semasa melaksanakan sembahyang jenazah:

  1. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika bertakbir
  2. Disunatkan membaca ta’awwuz, tetapi tidak disunatkan membaca Doa Iftitah
  3. Membaca semua bacaan dengan suara rendah.
  4. Mengucapkan “Amin” selepas membaca surah al-Fatihah
  5. Berdiri dalam tiga saf atau lebih, sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda SAW ketika menyembahyangkan raja al-Najasyi.
  6. Tahmid sebelum selawat ke atas Nabi SAW
  7. Doa ke atas muslimin dan muslimat selepas selawat ke atas Nabi
  8. Sunat mendirikan sembahyang jenazah secara berjemaah, tetapi diharuskan melakukannya seorang diri.

 

RUKUN SOLAT JENAZAH

Berikut adalah merupakan rukun solat jenazah iaitu: yang terdiri daripada 7 rukun yang mana jika salah satu daripada 7 rukun ini ditinggalkan – maka tidak sah solat jenazah tersebut, bahkan tidak sempurna tuntutan fardu kifayah

  1. Niat
  2. Berdiri Bagi Orang Mampu
  3. Empat Kali Takbir
  4. Membaca Surah al-Fatihah
  5. Membaca Selawat Ke Atas Nabi
  6. Mendoakan Keampunan Buat Si Mati
  7. Memberi Salam

 

KEDUDUKAN SOLAT JENAZAH

Gambar berikut menunjukkan kedudukan solat jenazah bagi lelaki dan perempuan:

 

CARA SOLAT JENAZAH

Berikut adalah merupakan cara solat jenazah bagi lelaki dan perempuan:

  1. Takbiratul ihram
    • Berdiri tegak (Mata memandang ke arah tempat sujud). Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati serentak. Niat boleh diucapkan dalam Arab mahupun Bahasa Melayu.
  2. Membaca al-Fatihah.
    • Selepas selesai mengangkat takbiratul ihram, letakkan tangan di atas perut. Kemudian bacalah surah al-Fatihah.
  3. Angkat Takbir Kedua & Selawat
    • Selepas takbir kedua, letakkan tangan kembali di atas perut. Kemudian baca selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya: Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad
  4. .Angkat Takbir Ketiga & Baca Doa Minta Ampun Untuk Jenazah
    • Selesai takbir ketiga, bacalah doa minta ampun untuk jenazah sekurang-kurangnya:
      • Doa Jenazah Lelaki: Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu
      • Doa Jenazah Perempuan: Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Wagfu ‘Anha
  5.  Angkat Takbir Keempat & Membaca Doa
    • Selesai takbir keempat, disunatkan membaca doa berikut:
      • Doa Jenazah Lelaki: Allahumma Laa Tahrimnaa Ajrohu WaLaa TafTinNaa Ba’Dahu (Ba’DaHaa)
      • Doa Jenazah Perempuan:  Allahumma Laa Tahrimnaa AjRaHaa WaLaa TafTinNaa Ba’DaHaa
  6.  Memberi Salam
    • Selesai membaca doa di atas, akhiri sembahyang jenazah dengan memberi salam.

 

BACAAN DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH

Selepas solat jenazah dengan selesai memberi salam, maka disunatkan membaca doa ini:

Bismillahi Rahmanirrahim

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil ‘Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain.

Allahumma Bihaqqi Muhammadin Wa Ali Muhammadin Ala Tuazziba Hazal Mayyiti *(Mayyitati).

Allahummaj-‘Al Qobrohu *(Qobraha) Raudhotan Min Riyadhil Jannati Walaa Taj’al Qobrohu *(Qobraha) Hufratan Min Hufarinniirani.

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala  Alihi Wa Ashaabihi Ajmain Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

NOTA: Bacaan dalam kurungan *(……) adalah untuk jenazah wanita

 

NIAT SOLAT JENAZAH

Berikut adalah merupakan niat solat:

  • Niat Solat Jenazah Lelaki
    • “Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala“
    • Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
  • Niat Solat Jenazah Perempuan
    • “Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala”
    • Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

 

ARTIKEL LAIN

UJIAN KANSER SERVIKS PERCUMA (Cara Buat Ujian HPV DNA)

2 thoughts on “CARA SOLAT NIAT JENAZAH (Lelaki Perempuan & Kanak-Kanak)”

Leave a Comment