SENARAI MAKSUD SIMBOL AMARAN DASHBOARD KERETA (Lampu Penunjuk)

SENARAI MAKSUD SIMBOL AMARAN DASHBOARD KERETA (Lampu Penunjuk)

MAKSUD SIMBOL DASHBOARD KERETA

Semasa anda sedang memand, tiba-tiba terdapat simbol amaran menyala pada dashboard anda. Semestinya anda beranggapan terdapat masalah pada kenderaan anda. Tetapi tahukah anda maksud setiap simbol amaran tersebut? Disini kami akan kongsikan kepada anda maksud bagi setiap simbol amaran pada dashboard kereta anda, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MENGETAHUI MAKSUD SIMBOL AMARAN KERETA

Sebagai seorang pemandu, penting bagi anda untukl fahami maksud simbol-simbol tersebut untuk memastikan kereta anda dalam keadaan baik. Ini kerana bagi simbol yang menyala bermaksud memberi amaran bagi situasi tertentu dan anda boleh mengambil tindakan awal untuk mencegahnya.

 

MAKSUD SIMBOL AMARAN DASHBOARD KERETA

Berikut adalah merupakan maksud bagi setiap simbol di dashborad kereta anda:

GAMBARSIMBOLMAKSUD
MAKSUD SIMBOL DASHBOARD KERETAPintu KeretaSimbol ini bermakna salah satu pintu kereta anda tidak ditutup dengan rapat. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan setiap pintu rapat baru simbol menyala ini akan dimatikan.
MAKSUD SIMBOL DASHBOARD KERETATangki MinyakSimbol ini menandakan minyak dalam kereta berkurangan, jadi anda disarankan untuk pergi ke stesen berdekatan.
MAKSUD SIMBOL DASHBOARD KERETABateri KeretaIni bermakna caj bateri semakin berkurangan. Apa yang patut anda buat adalah kurangkan penggunaan kuasa bateri seperti penyaman udara, lampu dan radio. Lebih baik anda bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Boleh jadi juga alternator anda mengalami masalah.
MAKSUD SIMBOL DASHBOARD KERETATali pinggang keledarBermaksud anda tidak memakai tali pinggang keledar. Oleh sebab itu, untuk mematikan simbol ini, anda perlu memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan di atas jalan raya.
Amaran EMS (Engine Management System)Ini merupakan simbol untuk masalah yang melibatkan enjin kereta anda. Antara kemungkinan masalah yang bakal dihadapi kemungkinan bunyi enjin yang luarbiasa atau kereta tidak bergerak dengan lancar. Atau ia juga boleh disebabkan masalah sensor kenderaan itu sendiri.  Sekiranya terjadi, pastikan anda terus hantar untuk pemeriksaan. Lebih baik untuk ditunda bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih besar.
Brek TanganSimbol ini bermaksud anda tidak melepaskan brek tangan semasa kereta bergerak. Ingat, anda perlu menurunkan brek tangan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Lampu suluh tinggi (Main beam headlight)Simbol ini bermaksud kenderaan anda sedang menggunakan lampu tinggi (high beam).
Minyak Enjin/hitamTerdapat 3 punca simbol ini menyala, sama ada suhu terlalu tinggi, tekanan rendah, mahupun minyak di enjin di paras rendah. Minyak enjin yang kurang boleh menyebabkan masalah suhu tinggi yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah enjin. Sekiranya boleh, tambah minyak enjin secepat mungkin. Pastikan minyak diisi pada paras yang sepatutnya.
ABS (Advanced Braking System)Jika kenderaan mempunyai sistem ABS, bawa ke bengkel jika simbol ini menyala. Sistem ABS bermaksud Anti-lock Braking System atau sistem brek anti-kunci. ABS berfungsi untuk mengelakkan roda dari terkunci ketika membrek.
Suhu EnjinIa menunjukkan bahawa enjin kereta anda berada dalam suhu yang tinggi. Suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin kereta. Masalah-masalah yang boleh berlaku biasanya melibatkan radiator/kipas radiator. Sekiranya simbol ini menyala, pastikan anda berhentikan kereta di tempat yang selamat, matikan enjin dan buka bonet hadapan kenderaan.
Beg UdaraSekiranya kereta anda dilengkapi dengan sistem beg udara, lampu ini hanya akan menyala untuk memberi amaran kerosakan pada beg udara. Oleh itu, segera bawa ke bengkel untuk dikesan.
Lampu Amaran KabusJika anda memandu di kawasan yang berkabus atau hujan lebat, lampu ini akan auto menyala menandakan lampu kabus di depan juga belakang. Cahayanya yang terang boleh memastikan keselamatan pemandu sendiri dan juga pemandu lain.
Air WiperSimbol ini menandakan paras air wiper anda mungkin kurang atau berada di bawah paras minimmum. Oleh itu, anda perlu periksa atau menambah air.
Tekanan TayarSimbol ini lebih popular untuk kereta-kereta moden. Ia menandakan yang tayar kereta anda berada pada tekanan yang rendah.  Turun dan pastikan sendiri keadaan tayar anda. Sekiranya masih selamat untuk memandu, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk pengepaman semula. Sekiranya tidak, tukar ke tayar ganti untuk pandu ke stesen minyak berdekatan.
Lampu amaran kawalan penstabil kenderaanSimbol ini bermaksud TCS berada pada mod off iaitu tidak aktif. TCF merupakan Traction Control System, iaitu istem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Sesuai untuk jalan yang basah dan licin.
Pemanas cermin belakang (Demister)Lampu ini untuk mengelakkan kabus di bahagian belakang. Jadi anda perlu hidupkan jika ingin pemanas cermin belakang beroperasi.
Lampu ECOECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.
Lampu Amaran (Lampu signal akan menyala kedua2 serentak)Lampu ini digunakan untuk memberitahu pemandu lain supaya berhati-hati kerana anda mungkin sedang berhenti disebabkan objek berbahaya. Oleh sebab itu, lepas ini anda tidak boleh memasang lampu tersebut dengan sesuka hati terutamanya semasa hujan. Hal ini disebabkan pemandu lain akan mengganggap kereta anda sedang berhenti.

 

ARTIKEL LAIN

CARA NAK ISI ANGIN TAYAR KERETA (Pengalaman Kali Pertama)

Leave a Comment