PERMOHONAN SKIM PENJAJA MUDA KELUARGA MALAYSIA BSN

PERMOHONAN SKIM PENJAJA MUDA KELUARGA MALAYSIA BSN

SKIM PENJAJA MUDA

Malaysia sememangnya telah melahirkan ramai anak muda yang berjaya dalam perniagaan. Ini termasuklah Arun Prasanth, usahawan muda yang mengusahakan khidmat pembersihan rumah dan pejabat sejak 2018. Melalui pinjaman di bawah BSN Mikro Belia sebanyak 20 ribu ringgit, kini purata jualan tahunan beliau telah mencecah 200 ribu ringgit.

Terkini melalui bajet 2023, bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah 305 juta ringgit tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank.  Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan Skim Penjaja Muda (SPM) Keluarga Malaysia di bawah BSN, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM PENJAJA MUDA BSN

SPM Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana 50 juta ringgit akan menawarkan pinjaman sehingga 50 ribu ringgit untuk 10 ribu anak muda menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan food truck.

 

TUJUAN PEMBIAYAAN SKIM PEJAJA MUDA BSN

Tujuan pembiayaan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda menceburi bidang perniagaan dengan membuat modal permulaan seperti:

  • Modal pusingan
  • Pembelian peralatan atau perkakasan
  • Bayaran gaji
  • Bayaran sewa
  • Bil utiliti
  • Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEJAJA MUDA BSN

Mengenai syarat permohonan skim ini akan dikemaskini kemudian sekiranya terdapat maklumat terkini

 

KADAR PEMBIAYAAN SKIM PEJAJA MUDA BSN

Kadar pembiayaan yang boleh dibuat oleh pemohon adalah sehingga maksimum rm50,000.

 

TEMPOH BAYARAN BALIK SKIM PENJAJA MUDA BSN

Tempoh pembayaran balik pembiayaan skim ini akan dikemaskini kemudian sekiranya terdapat maklumat terkini

 

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN SKIM PEJAJA MUDA BSN

Tempoh kelulusan permohonan bagi pemohon yang membuat permohonan program pembiayaan ini akan diproses sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap.

 

CARA PERMOHONAN SKIM PENJAJA MUDA BSN

Kepada anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan dan memerlukan modal permulaan dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai SPM Keluarga Malaysia ini, anda boleh merujuk website rasmi BSN di pautan https://www.bsn.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

OYO HOTEL DISKAUN (Semak Rooms Price KL Selangor Johor)

Leave a Comment