UJIAN KANSER SERVIKS PERCUMA (Cara Buat Ujian HPV DNA)

UJIAN KANSER SERVIKS PERCUMA (Cara Buat Ujian HPV DNA)

KANSER SERVIKS

Kepada golongan wanita yang ingin membuat pemeriksaan kanser serviks, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU KANSER SERVIKS

Kanser adalah keadaan di mana sel-sel dalam badan membiak secara tidak terkawal, menghasilkan tumor yang boleh merebak dari organ asalnya ke struktur berdekatan atau jauh. Walaupun kanser merebak, kita masih menamakannya berdasarkan organ di mana tumor pertama kali muncul.

Serviks (Pangkal rahim) adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Oleh itu, kanser serviks bermula pada serviks, struktur yang menghubungkan faraj (saluran kelahiran) ke rahim (rahim).

 

GOLONGAN  BERISIKO KANSER SERVIKS

Berikut adalah merupakan golongan wanita yang berisiko:

  • Wanita yang mendapat jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang tertentu
  • Wanita yang mempunyai antara factor berikut berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda. (kurang dari 17 tahun)
  • Mempunyai pasangan seks lebih dari 3 orang
  • Mengandung 7 kali atau lebih
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kelahiran anak pertama sebelum berumur 17 tahun
  • Merokok
  • Latar belakang sosio-ekonomi yang rendah
  • Penggunaan pil perancang keluarga lebih dari 10 tahun

 

JENIS KANSER SERVIKS

Berikut adalah merupakan jenis kanser yang utama:

  • Squamous cell carcinoma
    • Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
  • Andenocarcinoma
    • Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

 

TANDA  GEJALA KANSER SERVIKS

Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj

Nota: Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.

 

FAKTOR RISIKO KANSER SERVIK

Terdapat beberapa faktor tertentu yang meningkatkan risiko wanita mendapat kanser serviks iaitu:

  • Merokok
  • Melakukan hubungan seks pada usia muda
  • Jangkitan HPV terdahulu
  • Mempunyai berbilang pasangan seksual
  • Sejarah jangkitan seksual seperti gonorrhoea atau chlamydia
  • Imuniti yang lemah

 

JENIS UJIAN KANSER SERVIKS

Terdapat beberapa ujian yang dilakukan untuk diagnosakan kanser serviks iaitu:

  • Ujian pap smear
    • Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.
  • Colposcopy
    • Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.
  • Biopsi
    • Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.
  • Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
    • Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
  • Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
    • Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
  • Magnetic Resonance Imaging
    • Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

 

CARA BUAT UJIAN KANSER SERVIKS

Sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan ini, seharusnya anda kunjungi klinik berhampiran anda sama ada klinik swasta ataupun kerajaan

 

PROSUDER UJIAN KANSERSERVIKS

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah:

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi
  • Rawatan paliatif

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kanse serviks, anda boleh melayari portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia 

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN UJIAN SARINGAN KANSER UNTUK WARGA SELANGOR (CANSEL)

2 thoughts on “UJIAN KANSER SERVIKS PERCUMA (Cara Buat Ujian HPV DNA)”

Leave a Comment