CARA DAFTAR GUNA AKAUN WATSONS MALAYSIA MY (Kupon Baucar Diskaun Promosi)

CARA DAFTAR GUNA AKAUN WATSONS MALAYSIA MY (Kupon Baucar Diskaun Promosi)

WATSONS MY

Sekiranya anda penggemar membeli barangan Watson, kini Watson telah memperkenalkan satu aplikasi bagi memudahkan para pelanggannya untuk membuat tempahan barangan secara online. Disini kami akan kongsikan cara guna aplikasi Watson My, semoga membantu.

 

APA ITU WATSONS MY

Watson My  merupakan satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Watson untuk memudahkan para pelanggannya membuat pesanan atau pembelian barangan secara online. Watson ialah kedai rantaian penjagaan kesihatan dan rantaian penjagaan kecantikan terbesar di Asia. Ia adalah anak syarikat dan jenama kesihatan dan kecantikan utama AS. Watson Group, majoriti yang dimiliki oleh CK Hutchison Holdings.

 

KELEBIHAN GUNA WATSONS MY

Berikut adalah merupakan antara kelebihan membuat pembelian melalui aplikasi ini:

  • Penghantaran barangan terus ke rumah anda
  • Memberikan harga diskaun
  • Promosi barangan secara online
  • Pelbagai tawaran baucer dan kupon yang menarik

 

MUAT TURUN APLIKASI WATSONS MY

Bagi memudahkan urusan anda melalui handphone, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi tersebut:

 

CARA GUNA APLIKASI WATSONSMY

Setelah selesai install, sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Watsons My di handphone anda
  2. Pada halaman utama, klik pada bahagian My Account
  3. Seterusnya klik pada Click Here To Sign up
  4. Pada halaman seterusnya, klik pada YES sekiranya anda mempunya kad ahli Watson, klik No sekiranya anda tidak mempunyai.
  5. Seterusnya masukkan no telefon anda yang aktif untuk pengesahan. Kemudian klik Receive One-Time Password Via SMS
  6. Masukkan no OTP yang diterima melalui SMS tersebut
  7. Kemudian isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • Kata Laluan
  8. Setelah lengkap mengisi, tick pada terma dan syarat dan klik Next
  9. Selesai, pendaftaran anda telah berjaya

 

CARA PESANAN ONLINE GUNA WATSONSMY

Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi tersebut:

  1. Log masuk akaun Watsons anda
  2. Pilih barangan yang anda inginkan dan tambah barangan tersebut di dalam bakul.
  3. Setelah selesai memilih, klik pada bakul tersebut utk proses pembelian
  4. Sahkan barangan anda kembali, sekiranya ya klik pada CheckOut Securely
  5. Tetapkan lokasi alamat rumah anda untuk proses pembayaran.
  6. Akhir sekali, lakukan pembayaran sama ada dengan menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia
  7. Selesai

 

CARA SEMAK PROMOSI WATSONS TERKINI

Untuk membuat semakan promosi terkini, anda boleh melihatanya melalui aplikasi Watson My

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Watsons, sila layari website rasmi Watsons

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AHLI & GUNA APLIKASI My7E 7-ELEVEN MALAYSIA

3 thoughts on “CARA DAFTAR GUNA AKAUN WATSONS MALAYSIA MY (Kupon Baucar Diskaun Promosi)”

Leave a Comment