CARA DAFTAR GUNA AKAUN GUARDIAN MALAYSIA MY (Semak Diskaun & Pesanan Online)

CARA DAFTAR GUNA AKAUN GUARDIAN MALAYSIA MY (Semak Diskaun & Pesanan Online)

GUARDIAN MY

Sekiranya anda penggemar membeli barangan Guardion, kini Guardion telah memperkenalkan satu aplikasi bagi memudahkan para pelanggannya untuk membuat tempahan barangan secara online. Disini kami akan kongsikan cara guna aplikasi Guardian My, semoga membantu.

 

APA ITU GUARDIAN MY

Guardion My  merupakan satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Guardion untuk memudahkan para pelanggannya membuat pesanan atau pembelian barangan secara online. Guardion adalah rangkaian kesihatan peribadi dan peruncit kecantikan yang menawarkan rangkaian lengkap farmasi, penjagaan kesihatan, penjagaan peribadi, penjagaan kulit dan produk penjagaan bayi. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Dairy Farm International Holdings.

 

KELEBIHAN GUNA GUARDIAN MY

Berikut adalah merupakan antara kelebihan membuat pembelian melalui aplikasi ini:

  • Penghantaran barangan terus ke rumah anda
  • Memberikan harga diskaun
  • Promosi barangan secara online
  • Pelbagai tawaran baucer yang menarik

 

MUAT TURUN APLIKASI GUARDIAN MY

Bagi memudahkan urusan anda melalui handphone, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi tersebut:

 

CARA PESANAN ONLINE GUNA GUARDIANMY

Setelah selesai install, sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Guardion My di handphone anda
  2. Pada halaman utama, klik pada bahagian Account
  3. Seterusnya klik pada Create An Account
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • Kata Laluan
    • Pengesahan kata laluan
    • Tarikh lahir
    • Jantina
  5. Setelah lengkap mengisi, klik pada Create An Account
  6. Satu pautan pengesahan akaun akan dihantar melalui email anda, klik pada pautan confirmation link tersebut
  7. Selesai, pendaftaran anda telah berjaya

 

CARA GUNA APLIKASI GUARDIANMY

Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi tersebut:

  1. Log masuk akaun Guardion anda
  2. Pilih barangan yang anda inginkan dan tambah barangan tersebut di dalam bakul.
  3. Setelah selesai memilih, klik pada bakul tersebut utk proses pembelian
  4. Sahkan barangan anda kembali, sekiranya ya klik pada CheckOut Securely
  5. Tetapkan lokasi alamat rumah anda untuk proses pembayaran.
  6. Akhir sekali, lakukan pembayaran sama ada dengan menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia
  7. Selesai

 

CARA SEMAK PROMOSI GUARDIAN TERKINI

Untuk membuat semakan promosi terkini, anda boleh melihatanya melalui aplikasi Guardion My

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Guardion, sila layari website rasmi Guardion

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR GUNA AKAUN WATSONS MALAYSIA MY (Kupon Baucar Diskaun Promosi)

Leave a Comment