HARGA MINYAK MASAK TERKINI (Berapa Harga 1 Kg  1 Paket)

HARGA MINYAK MASAK TERKINI (Berapa Harga 1 Kg  1 Paket)

HARGA MINYAK MASAK TERKINI

Terkini kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol tidak lagi diteruskan. Semestinya anda ingin mengetahui harga minyak masak yang sebenarnya. Disini kami akan kongsikan harga minyak tanpa subsidi, semoga membantu.

 

TARIKH PEMANSUHAN SUBSIDI HARGA MINYAK MASAK

Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai 2022.

 

TINDAKAN PEMANSUHSAN SUBSIDI MINYAK MASAK

Tindakan pemansuhan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.

Untuk pengetahuan umum, Inflasi Makanan pada bulan April 2022 meningkat pada 4.1%, Restoran dan Hotel (3.2%), Pengangkutan (3%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain (0.8%). Faktor-faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga makanan adalah kerana cuaca yang tidak menentu, peningkatan harga baja, kos logistik dan kekurangan sumber tenaga.

 

PUNCA HARGA MINYAK MASAK DITETAPKAN SECARA BULANAN

Harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.

 

KAWALAN KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

KPDNHEP akan menggunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada

 

HARGA MINYAK MASAK TERKINI (2KG, 3KG & 5KG)

Sebagai pemakluman, Subsidi bagi minyak botol 2kg, 3kg dan 5kg ini telah diperkenalkan secara sementara pada Ogos 2021 selama tiga bulan tetapi ia dilanjutkan sehingga kini.

 

HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK BOTOL JANUARI 2023

Harga Siling Minyak_Masak Sawit Tulen Kemasan Botol berkuatkuasa 8 Januari hingga 7 Februari 2023

  • Minyak masak botol 1 kg : RM6.90
  • Minyak masak botol 2 kg : RM13.30
  • Minyak masak botol 3 kg : RM19.60
  • Minyak masak botol 5 kg : RM30.90

 

HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK PAKET BERSUBSIDI (Polibeg)

  • Harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.

Nota: Sila laporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 Kg melebihi harga kawalan melalui Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my

ARTIKEL LAIN

HARGA AYAM SEKILO HARI INI (Semak Setiap Negeri Di sdvi2.fama.gov.my)

3 thoughts on “HARGA MINYAK MASAK TERKINI (Berapa Harga 1 Kg  1 Paket)”

Leave a Comment