PERMOHONAN SKIM DIDIK ZAKAT & SIMPAN SSPN PRIME​ (Skim DZAS)

PERMOHONAN SKIM DIDIK ZAKAT & SIMPAN SSPN PRIME​ (Skim DZAS)

SKIM DZAS

Terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Kempen Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime.  Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM DIDIK ZAKAT & SIMPAN SSPN PRIME (DZAS)

Skim yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakkan Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka tentang kewajipan membayar zakat di samping meningkatkan tahap kesedaran menabung bagi tujuan Pendidikan (“Skim DZAS”).

 

TUJUAN SKIM DZAS

Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka tentang kewajipan membayar zakat di samping meningkatkan tahap kesedaran menabung bagi tujuan Pendidikan.

 

KELEBIHAN SKIM DZAS

Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan diperolehi melalui skim ini seperti berikut:

  1. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak atau anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 ke atas;
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  4. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan; dan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

 

INSENTIF DITAWARKAN SKIM DZAS

IInsentif di bawah akan diberikan khusus kepada peserta yang menyertai Skim DZAS.

  1. Menerima Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP bernilai RM100 seorang setiap 3 tahun sekali & didepositkan terus ke Akaun Simpan SSPN Prime sehingga penerima manfaat berumur 18 tahun.
  2. PPZ-MAIWP & PTPTN menaja pendaftaran pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime sebanyak RM20.00 bagi mana-mana peserta yang belum membuka akaun simpanan tersebut tertakluk kepada 3,000 peserta yang terawal. Peserta skim yang telah membuka akaun Simpan SSPN Prime dan membayar zakat di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen juga layak untuk dapat tajaan RM20.00.
  3. Menerima sumbangan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) sehingga RM3,000.*
  4. Lain-lain keistimewaan yang disediakan oleh PTPTN untuk pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime.

*tertakluk pada terma dan syarat Skim Kafalah Muzakki.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIMDZAS

Syarat – syarat untuk menyertai skim ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang mencukupi syarat-syarat wajib berzakat.
  2. Pembayar Zakat Harta* (Ibu/bapa/penjaga dan anak) di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen skim daripada 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023. *Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan & lain-lain kecuali Fitrah.
  3. Membayar Zakat Harta mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau membayar serendah RM100.00 setahun seorang.
  4. Akaun Simpan SSPN Prime yang berkenaan tidak ditutup sehingga peserta skim (penerima manfaat) berumur 18 tahun.
  5. Peserta Skim di kalangan anak-anak pembayar zakat mestilah merupakan anak kandung / anak angkat yang sah berumur 15 tahun dan ke bawah pada tahun semasa 2022 dan 2023.
  6. Pendaftaran skim mesti melalui ibu / bapa / penjaga

 

TEMPOH PENYERTAAN SKIMDZAS

Skim ini boleh disertai mulai 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023, tertakluk kepada 5,000 peserta terawal.

 

CARA PENYERTAAN SKIM DZAS

Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Ibu / bapa / penjaga & anak-anak membayar Zakat Harta melalui semua saluran pembayaran zakat di PPZ-MAIWP mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau membayar serendah RM100 seorang dalam tempoh kempen;
  2. Pendaftaran skim mesti melalui ibu / bapa / penjaga;
  3. Pastikan anak-anak ( anak kandung / anak angkat) masih berumur 15 tahun dan ke bawah pada tahun semasa 2022 dan 2023;
  4. Isi dan lengkapkan borang penyertaan Skim DZAS secara atas talian di dzas.zakat.com.my. Pautan tersebut juga boleh didapati di portal rasmi PPZMAIWP dan PTPTN.
  5. Status pendaftaran akan dimaklumkan kepada Ibu / bapa / penjaga melalui e-mel oleh PPZ-MAIWP.

 

CARA SEMAK STATUS PENDAFTARN SKIM DZAS

Status pendaftaran skim ini boleh disemak secara dalam talian melalui pautan dzas.zakat.com.my atau kaunter PPZ-MAIWP atau di Talian Zakat 1 300 88 5757.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SKIMDZAS

Bagaimana peserta mengetahui Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP sebanyak RM100 telah dikreditkan ke akaun Simpan SSPN Prime?

  • PPZ-MAIWP akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu / bapa / penjaga atau boleh menyemak penyata akaun Simpan SSPN Prime melalui Portal Rasmi PTPTN untuk mengesahkan penerimaan Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP.

Adakah Skim DZAS mempunyai had penyertaan?

  • Ya, tertakluk 5,000 peserta yang terawal sahaja.

Bolehkah mendaftarkan Skim DZAS untuk lebih daripada seorang anak?

  • Ya boleh dan tiada had bilangan anak. Ia mesti tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan dan seorang anak tidak boleh didaftarkan 2 kali.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sSkim DZAS, anda boleh melayari website rasmi PTPTN 

 

ARTIKEL LAIN

CARA KIRA & BAYAR FIDYAH ONLINE 2023 (Jika Lambat Ganti Puasa)

Leave a Comment