CARA DAFTAR AHLI & GUNA APLIKASI My7E 7-ELEVEN MALAYSIA

CARA DAFTAR AHLI & GUNA APLIKASI My7E 7-ELEVEN MALAYSIA

My7E

Kepada anda yang merupakan pelanggan 7-Elevan Malaysia, kini 7-Eleven telah mewujudkan satu aplikasi baharu iaitu My7E. DiSini kami akan kongsikan kepada anda cara daftra ahli dan menggunakan aplikasi ini, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI My7E 7-ELEVEN MALAYSIA

Aplikasi ini dibangunkan oleh 7-Elevan Malaysia kepada pelanggannya bagi memudahkan dan mendapatkan info semasa tawaran serta nikmati ganjaran dan diskaun yang ekslusif yang tersedia.

 

FUNGSI APLIKASI My 7E 7-ELEVEN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara fungsi bagi aplikasi ini:

  • Pemberitahuan ekslusif berita terkini dan ganjaran kupon
  • Peraduan dan ganjaran ekslusif melalui aplikasi
  • Cari lokasi 7-Eleven Malaysia yang terdekat melalui ‘Store Location’
  • Hubungi customer servive 7-Eleven dengan lebih mudah melalui aplikasi

 

TAWARAN AHLI My 7E 7-ELEVEN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara tawaran yang tersedia jika daftar sebagai ahli:

  • Nikmati ganjaran dan diskaun eksklusif yang tak terbanding
  • Tebus Welcome Reward bernilai RM3 serta nikmati e-Coupons yang BEST sekali bila belanja di stor 7ElevenMY
  • Anda jugak boleh kumpul e-Stamps untuk setiap pembelian kegemaran anda dan tebus SATU lagi secara PERCUMA!

 

KELEBIHAN AHLI My 7E 7-ELEVEN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang akan anda perolehi dengan menjadi ahli:

  • Mendapatkan harga barangan dengan harga ahli
  • Berpeluang menerima mata ganjaran
  • Berpeluang menerima tawaran hadiah hari jadi

 

CARA DAFTAR AHLI My7E 7-ELEVEN MALAYSIA

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun aplikasi My7E 7-Eleven Malaysia di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi tersebut dan tekan pada Sign Up/Login kemudian klik Continue
  3. Isikan No Telefon anda yang aktif pada ruangan yang tersedia dan klik continue
  4. Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan yang disediakan dan klik continue
  5. Isikan dengan lengkap maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
    • Jantina
    • Bangsa
    • Tarikh Lahir
  6. Setelah selesai mengisi klik Submit
  7. Selesai, anda telah berjaya mendaftarkan akaun anda paparan user ID anda akan tertera
  8. Anda kini boleh terus menggunakannya di mana-mana 7-Elevan

 

CARA GUNA My7E 7-ELEVEN MALAYSIA

Caranya mudah sahaja dengan menunjukkan  kod ID ahli kepada juruwang semasa membuat bayaran untuk nikmati tawaran Member Benefits.

 

MAKLUMALAT LANJUT

Untuk dapatkan malumat lanjut mengenai aplikasi My7E 7-Eleven ini, anda boleh melayari facebook rasmi 7-Eleven Malaysia di pautan https://www.facebook.com/7ElevenMalaysia/ 

ARTIKEL LAIN

SENARAI KEDAI KOPI DI PAHANG KUALA TERENGGANU KELANTAN(Coffee Lover)

2 thoughts on “CARA DAFTAR AHLI & GUNA APLIKASI My7E 7-ELEVEN MALAYSIA”

Leave a Comment