CARA BUAT ADUAN LONGKANG TERSUMBAT DI SELANGOR (No WhatsApp)

CARA BUAT ADUAN LONGKANG TERSUMBAT DI SELANGOR (No WhatsApp)

ADUAN LONGKANG TERSUMBAT

Kepada penduduk Selangor, sebagai persiapan musim banjir mana-mana kawasan di Selangor yang mempunyai saliran longkang tersumbat boleh membuat aduan kepada KDEB Waste Management untuk pembersihan. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat aduan, smeoga membantu.

 

APA ITU KDEB WASTE MANAGENMENT

KDEB Waste Management (KDEBWM) ialah sebuah syarikat subsidiari milik penuh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang ditubuhkan dengan objektif untuk menguruskan perkhidmatan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Selangor.

Pada Mac 2016, KDEB Waste telah dilantik sebagai Syarikat Pengurusan Projek (“PMC”) untuk menguruskan perkhidmatan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Selangor.

 

LOKASI PERKHIDMATAN KDEB WASTE MANAGENMENT

KDEBWM sedang berkhidmat di dua belas (12) Perbandaran berikut:

  1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  2. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  4. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  5. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  7. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
  8. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
  9. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
  10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
  11. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  12. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

 

NO ADUAN WHATSAPP KDEB WASTE MANAGENMENT

Berikut adalah merupakan no WhatsApp aduan KDEB Waste Managenment berkaitan saliran longkang tersumbat:

  • 019-274 2824

 

CARA BUAT ADUAN LONGKANG TERSUMBAT

Sekiranya anda ingin melaporkan saliran longkang tersumbat yang berlaku di seluruh kawasan Negeri Selangor, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Ambilkan video lokasi berdurasi kurang pada 10 saat
  2. Hantarkan ke Whatsapp ke 019-274 2824
  3. Maklumkan lokasi tempat tersebut

 

CONTOH LAPOR SALIRAN LONGKANG TERSUMBAT

Berikut adalah merupakan contoh untuk membuat lapor aduan:

  1. Hantarkan ke Whatsapp ke 019-274 2824
  2. Muat naik video lokasi (berdurasi kurang pada 10 saat)
  3. Masukkan aduan anda contoh:
    • Saya ingin melaporkan saliran longkang tersumbat di Damansara Damai. Mohon pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan susulan.

Nota: Pastikan diletakkan lokasi nama daerah dan nama tempat yang betul.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara buat aduan berkaitan saliran longkang tersumbat, anda boleh melayari website rasmi KDEB Waste Management 

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI NO TELEFON UNIT BENCANA NEGERI SELANGOR TERKINI

2 thoughts on “CARA BUAT ADUAN LONGKANG TERSUMBAT DI SELANGOR (No WhatsApp)”

Leave a Comment