BIG BAD WOLF BOOKS LOGIN ONLINE SHOP (Lokasi Jualan Buku Terkini)
Sekiranya anda seorang yang gemar membaca dan ingin mencari buku pilihan anda, andaboleh dapatkan dengan tawaran harga yang rendah dan promosi di Big Bad Wolf Book. Disini kami akan kongsikan kepada anda lokasi jualan buku terkini dan cara pembelian online, semoga membantu.
APA ITU BIG BAD WOLF BOOKS
The Big Bad Wolf Book telah dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 2009, sebagai cetusan idea pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Misi utama adalah untuk memupuk tabiat membaca, meningkatkan celik bahasa Inggeris di seluruh dunia dan membina generasi pembaca baharu, dengan menjadikan buku lebih mampu milik dan boleh diakses, kepada SEMUA ORANG.
PERADUAN BIG BAD WOLF BOOKS
Untuk menambah keseronokan, orang ramai yang menghadiri ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’ berpeluang untuk menyertai Peraduan ‘Book Haul’ di mana terdapat seorang pemenang bertuah akan berpeluang memenangi sebuah troli dipenuhi dengan buku-buku pilihan tersendiri.
Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, orang ramai haruslah mempamerkan kreativiti melalui gambar bersama ‘Book Haul’ mereka di laman media sosial Facebook atau Instagram. Sertakan hashtag-hashtag berikut: #BBWBookHaul.
HARGA BOX SALE BIG BAD WOLFBOOKS
Untuk menikmati Box Sale, anda mendaftar sebagai ahli secara percuma dan kemudian dapat memilih sama ada kotak kecil atau besar bagi memenuhkan seberapa banyak buku kegemaran ke dalam kotak iaitu:
- Kotak bersaiz kecil berharga RM99.90
- Kotak bersaiz besar berharga RM119.90
Anda juga boleh membeli secara bundle untuk dapatkan harga yang lebih murah lagi iaitu:
- Bundle Box
- Nikmati 1 kotak Kecil dan 1 kotak Besar pada harga RM199.90
- (Harga Biasa: RM219.80. Jimat: RM19.90)
- Fuyoh Bundle
- Nikmati 3 kotak Besar pada harga RM319.90
- (Harga Biasa: RM359.70. Jimat: RM39.80)
LOKASI BIGBAD WOLF BOOKS
Berikut adalah merupakan tarikh dan lokasi pesta jualan buku terbesar ini di Malaysia iaitu:
TARIKH | WAKTU | LOKASI |
24 Feb – 6 Mar 2022 | 10.00Pagi -10.00Malam | Lotus’s Kota Bharu, Kelantan |
23 Mar – 3 Apr 2022 | 10.00Pagi -10.00Malam | Lotus’s Desa Tebrau, Johor |
28 Apr – 8 May 2022 | 10.00Pagi -12.00Malam | Lotus’s Tanjung Pinang, Penang |
2 Jun – 12 Jun 2022 | 10.00Pagi -12.00Malam | Lotus’s Seremban 2, Negeri Sembilan |
29 Jun – 9 July 2022 | 10.00Pagi -12.00Malam | Ktcc Mall, Terengganu |
24 Aug – 4 Sept 2022 | 10.00Pagi -12.00Malam | Hatten Square, Melaka |
15 Sept – 25 Sept 2022 | 10.00Pagi -12.00Malam | Lotus’s Ipoh Garden, Perak |
TAWARAN DISKAUN BIG BAD WOLF BOOKS
Berikut adalah merupakan tawaran diskaun yang disediakan:
- Diskaun 10% untuk Institusi Pendidikan
- Nikmati potongan 10% daripada jumlah pembelian dengan perbelanjaan minimum RM1,000.00 (Institusi Pendidikan hendaklah mengemukakan ID kakitangan rasmi)
- Bawa bersama resit Lotus’s anda dan nikmati diskaun 5%
- Nikmati potongan harga tambahan sebanyak 5% dengan perbelanjaan minimum RM119.90 apabila anda mempamerkan resit pembelian dari pasar raya Lotus’s (dengan sebarang jumlah yang dibelanjakan) kepada juruwang
- Bawa bersama risalah Big Bad Wolf Book dan nikmati diskaun 5%
- Nikmati potongan harga tambahan sebanyak 5% dengan perbelanjaan minimum RM119.90 apabila anda mempamerkan risalah kepada juruwang
CARA BELI ONLINE BIG BAD WOLF BOOKS
Terkini anda boleh membeli buku ini secara online seperti berikut:
- Layari pautan https://my.bbwbooks.com/
- Sebagai pengguna bahru anda seharusnya daftar terlebih dahulu
- Klik pada https://my.bbwbooks.com/account/register
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dan klik Sing Up
- Seterusnya log masuk ke akaun anda
- Pilih buku yang anda inginkan dan tambahkan ke dalam troli
- Setelah selesai membuat pilihan, klik pada troli dan semak kembali pilihan buku anda ingin. Sekiranya betul klik pada Checkout
- Isikan maklumat alamt rumah anda untuk proses penghantaran
- Ikuti arahan pembayaran sehingga selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapat maklumat lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, anda boleh merujuk website rasmi di pautan https://bigbadwolfbooks.com/ atau:
ARTIKEL LAIN
CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI ANAK ONLINE (Pendaftaran Tahun 1)