BUKU PINK IBU HAMIL (Bila Boleh Buka Dokumen Harga Swasta)

BUKU PINK IBU HAMIL (Bila Boleh Buka Dokumen Harga Swasta)

BUKU PINK

 

Kepada  ibu yang disahkan hamil melalui ujian awal pregnency test, pastinya tidak sabar untuk menanti ketibaan cahaya mata tersebut. Walaubagaimanapun, pada peringkat awal anda hendaklah membuat medical check up terlebih dahulu untuk dibuka buku pink kandungan anda. Disini kami akan kongsikan cara dan dokumen diperlukan untuk buku pink, semoga membantu.

 

APA ITU BUKU PINK

Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Ini kerana seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa.

 

KEPENTINGAN BUKU PINK

Berikut adalah merupakan kepatingan buku ini kepada ibu yang hamil:

  1. Profile dan masalah kesihatan ibu mengandung
  2. Ada sejarah rekod kelahiran terdahulu
  3. Boleh kesan hemoglobin darag
  4. Pemeriksaan melalui buku bink

 

TEMPOH SESUAI BUKA BUKU PINK

Kebiasaannya dibuka sebelum kandungan masuk 12 minggu (antara 6-12 minggu). Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai ‘late booking’.

sekiranya kandungan sebelum ini ada komplikasi seperti keguguran, air ketuban kurang atau ada apa-apa masalah kesihatan lain, seeloknya pergilah awal supaya dapat pantau keadaan lebih teliti.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan bagi membuka buku ini:

  • Kad pengenalan diri
  • Kad pengenalan suami
  • Sijil nikah
  • Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
  • Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada

 

PROSUDER BUKA BUKU PINK

Berikut adalah merupakan prosedur pemeriksaan yang perlu bakal ibu jalani sebelum buku ini dibuka iaitu:

  • Mengukur tinggi & berat
  • Tarikh jangkaan bersalin
  • Ujian air kencing

 

MAKSUD PELEKAT WARNA PADA BUKUPINK

Semestinya kepada ibu harus mengetahui tanda pelekat berwarna yang dilekatkan pada buku tersebut iaitu:

  • Putih
    • Tidak berisiko dan boleh bersalin di mana-mana hospital termasuklah hospital daerah.
  • Pelekat Hijau
    • Ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor di KKIA dan janji temu seterusnya bersama jururawat di bawah pengawasan doktor.
    • Pelekat ini biasanya diberikan untuk ibu hamil yang pertama kali mengandung (primid), mempunyai berat badan berlebihan, mengalami penyakit asma, sejarah kelahiran terdahulu melalui vakum dan lain-lain.
  • Kuning
    • Ibu hamil yang mendapat pelekat ini memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G).
    • Antara mereka yang berisiko untuk mendapat pelekat ini adalah ibu hamil dengan penyakit diabetes, darah tinggi, remaja hamil tanpa nikah dan lain-lain.
  • Merah
    • Mereka yang mendapat pelekat ini adalah ibu hamil berisiko tinggi dan memerlukan rujukan segera kepada pakar di hospital besar.
    • Antara keadaan yang berisiko tinggi adalah ibu hamil dengan penyakit jantung dan berlaku kontraksi pramatang.

 

TINDAKAN DILAKUKAN SEKIRANYA BUKUPINK HILANG

Sekiranya kehilangan buku ini, laporan polis perlu dibuat dan kertas laporan perlu dibawa ke klinik kesihatan.

Jika anda bernasib baik, buku baharu akan diberikan. Jika tidak, segala rekod kesihatan akan dicatatkan di dalam kertas dan perlu dikumpul serta diketipkan sekali.

 

MANA LEBIH BAIK BUKA BUKU PINK KLINIK KERAJAAN ATAU SWASTA?

Untuk membuka buku ini sebenarnya tidak kisah samaada di klinik swasta atau kerajaan kerana ianya bergantung kepada beberapa situasi ibu tersebut dan juga kemampuan, antara situanya ialah:

  • Untuk sahkan kehamilan
    • Sekiranya ingin cepat dan kemampuan boleh pergi ke swasta, anggaran minumum RM1++
  • Ambil kira keadaan dan masa bagi ibu yang berkerjaya
    • Sekiranya sukar mengambil cuti pada hari bekerja boleh rujuk ke klinik swasta
  • Kewangan yang mencukupi
    • Sekiranya ingin check up di swasta

 

ARTIKEL LAIN

PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA 2022 (Pengalaman Kos & Harga Terkini)

1 thought on “BUKU PINK IBU HAMIL (Bila Boleh Buka Dokumen Harga Swasta)”

Leave a Comment