PENGALAMAN & BAJET ITINERARI 2H1M & 4H3M KE HATYAI (Naik Trend)

PENGALAMAN & BAJET ITINERARI 2H1M & 4H3M KE HATYAI (Naik Trend)

ITINERARI HATYAI

Sekiranya anda ingin merancang percutian ke Hatyai, semestinya anda akan survey terlebih dahulu pengalaman dari orang yang pernah ke sana dan juga kos yang akan terlibat. Disini kami akan kongsikan kepada anda  pengalaman dan bajet itinerari 2H1M dan 4H3M ke Hatyai dengan menaikki Kereta api (Tren), semoga membantu.

 

APA ITU HATYAI

Hatyai merupakan tempat tumpuan pelancong kerana terletak tidak jauh dari Sempadan Malaysia. Selain tempat membeli-belah,  Hatyai juga turut dikenali sebagai ‘syurga makanan’ kerana pelbagai jenis hidangan makanan boleh didapatkan di sana.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk ke krabi, pastikan anda sediakan dokumen utama yang diperlukan iaitu:

  • Passport
  • Travel Insurans (tak wajib)

 

HARGA TIKET TREN PADANG BESAR – HATYAI – PADANG BESAR

  • Tiket sehala Padang Besar – Hatyai: 50BAHT / RM7 (open window)

 

TEMPAT MENARIK DI HATYAI

Berikut adlaah merupakan antara tempat menarik yang boleh singgah:

  • Kaitod Decha
  • Lee Garden Night Market
  • Khlong Hae Floting
  • Asean Night Market
  • Bingsu Nom6 *Wajib Pi Tau
  • Kilang Kacang
  • KIM YONG MARKET
  • Zaina Dimsum
  • Chang Puak Camp
  • Samila Beach
  • 7e Hatyai

 

CARA PERJALANAN KE HATYAI GUNA TREN(ITINERARI HATYAI)

Berikut adalah panduan perjalanan ke Hatyai dengan menggunakan kereta api (tren):

  1. Pastikan anda menukar duit terlebih dahulu
  2. Semasa tiba di Padang Besar, Beratur untuk cop passport di kaunter Imigresen Thailand. Kena tunjuk MySejahtera sebelum cop passport tu.
  3. Pastikan anda membeli simkad Thailand, disyorkan DTAC sim – Rm10 FREE 7 days unlimited data. Boleh beli dekat dengan kaunter tiket.
  4. Kaunter tiket buka pukul 9am. Sebaiknya datang awal. Train dari Padang Besar ke Hatyai ada dua trip sahaja iaitu:
    • Pukul 9.55 pagi
    • Pukul 4.40 petang
  5. Semasa tiba di Hatyai anda boleh menye Tut Tut untuk pergerakan anda

 

PENGALAMAN SEMASA DI HATYAI (ITINERARI HATYAI)

Berikut kami sertakan pengalaman semasa Itinerari Hatyai:

2 Hari 1 Malam

  • Kalau nak pergi boleh rasa naik kereta api. Ini perkongsian itinerari 2 hari 1 malam di Hatyai bersama keluarga.
    • Tukar duit RM509 – 4000Baht
    • Tiket sehala Sg Petani – Padang Besar RM9.30
    • Tiket sehala Padang Besar – Hatyai 50BAHT / RM7 (open window)
  • Kaunter tiket buka pukul 9am. Better datang awal kalau taknak beratur panjang. Train dari Padang Besar ke Hatyai ada dua trip sahaja. Pukul 9.55am & 4.40pm
  • Tuktuk 2 hari 1 malam 2700BAHT . +66 61 568 4783 (Mamat). Ini contact nombor tuktuk. Boleh cakap melayu. Bukan dia yang bawa kami, tapi abang ipar dia. 100/10. Murah sangat. Bagitahu je dekat mana dia mana nak pergi. Dia hantar kami sampai ke imigresen Thailand.
  • D – ONE hotel – Rm68/malam book thru booking.com *betul betul tengah town . Jalan kaki je nak pergi train station & lee garden. 6/10 sebab nak check in kena tunggu 30minit . Padahal check in 2pm. Itu pun kami sampai hotel 3pm. Lepastu pintu bilik problem & lift problem dari level 8 nak turun level 1 pintu lift tak boleh buka.

4 Hari 3 Malam

  • Hari 1
    • 2pm – Sampai Pdg Besar, ramai agent van akan approach. Mmg plan nk naik van so RM 20 per head kami kena RM 60/4 orang untuk dia hantar ke Hotel @ any first destination korang . Van akan bawa korang siap-siap cop kat Imigresen Malaysia & Thai. Then baru gerak. Macam kami ke Kai Tod Decha dulu untuk lunch . Sejam perjalanan dari Pdg Besar – Hatyai
    • Beli simkad masa kat Padang besar so tak payah register rm20/8hari unlimited.
    • 3pm – Lunch Kai To Decha spent RM 25 makan.
    • 4pm – ke hotel pakai grab thai RM 12 and checkin hotel for rest refreshing sebelum food hunting malam.
    • 8pm – Heading Asean Night Bazaar kami jalan kaki 5min dari hotel utk dinner , balik tak larat pula nak jalan kaki so naik tuktuk (biasalah mak buyong dah kenyang) RM 42 makan. Baju 2 helai RM 33. Mainan RM 43 (terpaksa beli ya). Tuktuk balik hotel 4 org RM 8.
    • Kos terlibat : RM 218.
  • Hari 2
    • Setelah kira-kira naik grab maybe akan spent around RM 80-90 sehari . So kami decide sewa scooter (contact dari hotel) so sewa RM 47/1hari full tank and dapat diskaun RM 88 /2hari.
    • 9am : Sarapan Dimsum chabura RM 27.
    • 11am : Kimyong Market (shopping kacang) RM 90. kena pandai tawar jangan bayar je harga diorang sebut.
    • 1pm : Balik hotel rest sebab panas lit-lit anak merungut panas dah.
    • 3pm : Khlong Hae floating Market (makan) makan RM 30 + RM 26 hadiah + RM 27 kacang. Better datang awal kalau tak nak sesak. Nanti meja penuh you alls. Nak datang malam pon ok je.
    • 5pm : Balik hotel rest bagi anak-anak tidur dulu (untung naik moto kan boleh balik rest ikut suka)
    • 8pm : Hatyai walking street spent RM 116 (souvenirs RM 16+ food+buah+ milo RM 100) kat sni wajib pegi!!
    • 10pm : Balik hotel tidur.
    • Kos terlibat: RM 404.
  • Hari 3
    • 12pm : Lunch at Kai Tod Decha RM 30.
    • 2pm : Central Festival City mall bawa anak-anak main playground spent RM 13 beli coin.
    • 4pm : Balik hotel bagi anak-anak tidur rest.
    • 8pm: Asean night market makan RM 27 dinner + pedicure Green Way RM 20 + RM 3 jajan.
    • 10pm : Balik hotel tidur!
    • Kos Terlibat: RM 93.
  • Hari 4
    • 11am : Checkout hotel terus lunch naik grab ke restoran utk lunch grab cost RM 12. Makan cost RM 30
    • 1pm : Naik van dari Hatyai ke Padang besar RM 60/4 org sejam perjalanan.
      • Kos terlibat: RM 102.

 

ARTIKEL LAIN

PENGALAMAN & BAJET ITINERARI 3H2M KE KRABI (Percutian Romantis)

Leave a Comment