PENGALAMAN & BAJET ITINERARI 3H2M KE KRABI (Percutian Romantis)

PENGALAMAN & BAJET ITINERARI 3H2M KE KRABI (Percutian Romantis)

ITINERARI KRABI

Sekiranya anda ingin merancang percutian ke Krabi, semestinya anda akan survey terlebih dahulu pengalaman dari orang yang pernah ke sana dan juga kos yang akan terlibat. Disini kami akan kongsikan kepada anda  pengalaman dan bajet itinerari 3H2M ke Krabi menggunakan kereta, semoga membantu.

 

APA ITU KRABI

Krabi  adalah sebuah wilayah (changwat) yang terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand. Wilayah-wilayah jiran adalah (dari arah utara mengikut jam) Phang Nga, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, dan Trang. Wilayah Phuket terletak di arah barat lies, seberang Teluk Phang Nga. Ibu negeri bagi wilayah ini adalah bandar Krabi.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk ke krabi, pastikan anda sediakan dokumen utama yang diperlukan iaitu:

  • Passport
  • Geran kereta Insurans
  • Kereta ke Thailand
  • Travel Insurans (tak wajib)

 

CARA PERJALANAN KE KRABI GUNA KERETA

Berikut adalah panduan perjalan ke Krabi dengan menaikki kereta:

Semasa di Kaunter Kastam Thailand:

  • Beratur untuk cop passport di kaunter Imigresen Thailand. Kena tunjuk MySejahtera sebelum cop passport tu.
  • Pemandu kenderaan kena pergi kaunter kastam Thailand untuk pengesahan membawa kenderaan. Dokumen yang kena diserahkan ialah:
    • Geran Kenderaan
    • Insurans Kereta ke Thailand
    • Passport
  • Semua dokumen perlu diserahkan dekat kaunter kastam. Lepas selesai diperiksa, akan ada satu borang pengisytiharan yang perlu kita tandatangan.
  • Satu salinan diaorang simpan stau lagi kita sndiri simpan. Salinan yang kita simpan tu kena bagi dekat kaunter kastam bila nak keluar dari Thailand nanti.

Perjalan dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi

  • Sebelum bertolak tu kalau boleh isi minyak kereta penuh siap-siap.
  • Highway dekat sana tak ada tol dan highway dia boleh U-turn.
  • Perjalanan mengambil masa Lebih kurang 5 jam lebih

 

PENGALAMAN SEMASA DI KRABI

Berikut adalah merupakan pengalaman ringkas semasa di Krabi:

Hari 1:

  • Sampai-sampai Krabi, terus check in hotel Dusitd2 Aonang Beach.
  • Hotel ni bukan setakat reasonable, bilik dia bersih, fast service dan berdekatan dengan Ao Nang Beach. Kedai souvenir pun banyak.
  • Nak cari kedai makanan halal dekat Aonang Beach ni susah sikit. Kena survey sendiri. Nak kenal pasti halal dekat kedai-kedai makanan tu akan ada tulisan halal. Makanan murah-murah. Lokching dia satu cucuk 5baht je (lebih kurang 50sen duit kita). Wajib try banana pancake nutella, ais krim kelapa.

Hari 2:

  • Lepas breakfast dekat cafe hotel, driver datang ambil untuk ke Ao Nang Beach. Kitaorang ambil pakej island trip dengan boat and beyond untuk pusing 4 Islands dari pukul 8.00pagi-12.30 tengah hari.
  • Boat ni nama dia Longtail Boat. Yang ni private punya so agak mahal. 4pax(800+). Lebih dari 4 orang kena bayar extra charge per person. Nak booking boleh book dekat klook ataupun website dia.
  • Untuk yang mabuk laut tak digalakkan naik ni. Masa naik ni, memang melompat-lompat juga boat ni sebab tour guide tu cakap sekarang musim ombak kuat. So snorkeling pun tak boleh. Jadi kitaorang naik ni singgah-singgah dekat Island sahaja. Service pakej Boat and Beyond ni memang A+.
  • Balik dari island trip, singgah hotel rehat dulu. Lepas tu petang pergi Aonang Beach untuk makan petang. Tak ingat nama kedai makan tu tapi sedap semua makanan dia. Tomyam semua lah. Owner dia cakap Melayu. Lpstu terus gerak pergi Krabi Night Market. Sini macam-macam ada. Makanan Thai, baju-baju dan souvenir.

Hari 3:

  • Lepas breakfast dekat hotel, check out dan jalan-jalan cari souvenir dekat Ao Nang beach. Lepastu singgah sekejap Hat Yai untuk lunch. Nama restaurant ni Kai Tod Decha. Tomyam Kelapa dia memang sedap.
  • Ramai orang Melayu datang makan sini. Plan nak naik gajah dekat Hat Yai ni tapi x sempat. Jadi terus balik lepas makan tu.

 

KOS BAJET ITINERARI KRABI 3H2M

Trip to Krabi, 3 hari 2 malam. Pergi sendiri dengan kereta tanpa  tour guide. Kos anggaran adalah bawah RM1,000.00 yang melibatkan kos:

  • Hotel
    • Hotel Dusitd2 Aonang Beach (2malam) RM300
  • Makan
    • Bergantung kepada perbelanjaan anda
  • Minyak kereta
    • Full tank RM100+ pergi balik
  • Insurans
    • Insurans Kereta ke Thailand Total RM289

 

ARTIKEL LAIN

CARA BOOKING TEMPAH HOTEL MURAH 2022 (Guna Trivago Agoda & Booking.com)

 

1 thought on “PENGALAMAN & BAJET ITINERARI 3H2M KE KRABI (Percutian Romantis)”

Leave a Comment