PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA 2022 (Pengalaman Kos & Harga Terkini)

PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA 2022 (Pengalaman Kos & Harga Terkini)

PAKEJ BERSALIN HOSPITAL PUTRAJAYA

Kepada pasanagn yang bakal menimang cahaya mata, sudah semestinya ada perancangan ingin bersalin di Hospital Kerajaan atau Swasta. Tetapi seharusnya persiapan awal harus dilakukan berdasarkan persediaan kewangan dan perancangan bersalin anda.

Bagi yang berada di kawasan kuala lumpur dan selangor dan merancang ingin bersalin di Hospital putrajaya, semestinya ingin mengetahui kadar kos bersalin terkini. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu

 

KENAPA PERLU PILIH HOSPITAL PUTRAJAYA

Hospital Putrajaya merupakan salah satu pusat perubatan yang terbaik di Malaysia. Hospital ini menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan di mana ianya mengutamakan jagaan yang berkualiti melalui proses kecemerlangan dan penyertaan masyarakat dalam satu persekitaran kondusif yang komited dan cekap dengan satu penetapan minda progresif.

Dibangungkan pada 1998 dengan kos sebanyak RM283 juta, Hospital Putrajaya memiliki 341 buah katil dan ia terletak di kawasan pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Hospital ini memberikan penjagaan tahap kedua. Sebagai sebuah hospital yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia ia diuruskan dan diselenggara menggunakan Sistem Maklumat Hospital Penuh (Total Hospital Information System – T.H.I.S.).

 

WAKTU MELAWAT HOSPITAL PUTRAJAYA

  • Waktu melawat setiap hari dari 12.30 tengahari -2.00 petang dan 4.30 petang-7.00 petang
  • Jika mana-mana ahli keluarga perlu menemani pesakit, pas khas boleh diperolehi daripada Ketua Jururawat yang bertugas di wad pesakit berkenaan.

 

 KEMUDAHAN BERSALIN HOSPITAL PUTRAJAYA

Berikut adalah merupakan kemudahan yang disediakan oleh hospital Putrajaya bagi ibu yang ingin bersalin:

  • Obstetrics dan Gynaecology Bersalin
    • Terdiri daripada dua wad yang masing-masing terdiri daripada 28 katil, 1 wad pekerja & penghantaran dengan 10 suite bersalin dan klinik pesakit luar khusus.
    • Wad-wad ini terletak di tingkat 2, wad bersalin & buruh di tingkat 1 dan sementara klinik pesakit luar (SOC) di tingkat bawah. Pada masa ini terdapat seorang pakar O&G, 2 pegawai perubatan, 5 jururawat terlatih dan 4 jururawat masyarakat
  • Kemudahan
    • Antenatal Care
    • Postnatal Care
    • Gynecological Servis
  • Jenis Bilik
    • Wad Obstetric
      • Bilik Penyusuan Bayi
      • Kaunter Nurse
    • Wad Gynae
      • Bilik 4 Katil
      • Bilik 2 Katil Dan Katil Single
      • Bilik Prosedur
    • Suite L&D
      • Suite Kelahiran
      • Kaunter Admin
      • Tempat Istirehat

 

PERKHIDMATAN BERSALIN HOSPITAL PUTRAJAYA

Secara amnya, 2 aspek utama perkhidmatan mereka tertumpu pada rawatan pesakit dalam dan luar.

  • Perawatan pesakit luar merangkumi masalah antenatal, postnatal dan ginekologi.
  • Rawatan pesakit adalah persalinan & kelahiran, operasi O&G elektif dan kecemasan dan perkhidmatan penjagaan harian (termasuk pembedahan).
  • Terdapat perkhidmatan lain seperti pendidikan kesihatan kepada pesakit dan kakitangan dan juga rekod kesihatan.

 

HARGA BERSALIN Di HOSPITAL PUTRAJAYA

Perkhidmatan pembayaran adalah secara Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang diperkenalkan pada tahun 2007, pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan pesakit sendiri serta mendapat beberapa kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di Hospital Putrajaya. Berikut adalah merupakan kadar kos bersalin di hospital ini:

Jenis KesWaktu Klinik 8pagi-5petangSelepas Waktu Klinik
BaruUlanganBaruUlangan
PendaftaranRM 10Tiada CajRM 10Tiada Cas
KonsultasiRM 100RM 60RM 150 RM 90

Caj Untuk Pendaftaran Dan Konsultasi Untuk Pesakit Rawatan Harian:

CajWaktu KlinikSelepas Waktu Klinik
PendaftaranRM 10RM 10
KonsultasiRM 60RM 120
Konsultasi Untuk Rawatan RapiRM 90RM 180

Bayaran Katil Untuk Pesakit Dalam:

KelasPerubatan/Pembedahan/Obstetrik dan Ginekologi
 Eksekutif (satu katil/dua katil) RM 300 sehari
 Kelas Pertama(satu katil) RM 160 sehari
 Kelas Pertama(dua katil) RM 130 sehari
 Kelas Pertama(empat katil) RM 80 sehari

Caj katil Untuk Unit Rawatan Rapi:

Daily Care Bed Each Case RM 70 sehari
Critical / Intensive Care bed RM 400 sehari (maks 14 hari)
Coronary Care bed RM 400 sehari (maks 14 hari)
Neo Natal Intensive Care bed RM 200 sehari (maks 14 hari)
Priority Interest Care bed RM 160 sehari (maks 14 hari)

Lain-Lain Caj

Dewan Bedah RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya
 Dewan Bersalin RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kadar harga bersalin di Hospital Putrajaya kini, sila layari website rasmi Hospital Putrajaya

 

ARTIKEL LAIN

CARA KIRA & BAYAR FIDYAH ONLINE 2023 (Jika Lambat Ganti Puasa)

 

2 thoughts on “PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA 2022 (Pengalaman Kos & Harga Terkini)”

Leave a Comment