Suami Minta Poligami(Jika Isteri Menerima Permohonan Poligami)

Suami Minta Poligami(Jika Isteri Menerima Permohonan Poligami)

Suami Minta Poligami

APA YANG PERLU ISTERI BUAT BILA TERIMA PERMOHONAN POLIGAMI?(Suami Minta Poligami)

1)Mintak direkodkan nafkah diri anda ikut keperluan yang anda perlu.Bila dihadapan hakim, hakim hanya nak tahu jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa hakim

2)Mintak direkodkan nafkah anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau nafkah anak dan nafkah isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.

APA YANG PALING PENTING UNTUK REKOD LAGI?

Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan.
Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak hakim ‘declare’ sebagai perintah. Apa sahaja harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.

KENAPA PENTING REKOD HARTA SEPENCARIAN INI?(Suami Minta Poligami)

Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara faraid.

Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.

APA JADI KALAU SUAMI MATI & TAK REKOD HARTA SEPENCARIAN?

Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun mahkamah.

Semoga perkongsian ini membantu anda

ARTIKEL LAIN

CARA RUJUK TALAK 1 2 3 DI MALAYSIA (Buat Rayuan)

Leave a Comment