Cara Mandi Nifas / Wiladah (Selepas Melahirkan Anak Atau Keguguran)

Cara Mandi Nifas / Wiladah (Selepas Melahirkan Anak Atau Keguguran)

Cara Mandi Nifas  Wiladah

Sebelum anda ingin mandi Nifas / Wiladah,baik anda fahami terlebih dahulu apa maksud darah hadi,istihadah,wiladah & darah nifas selepas bersalin.

  1. DARAH HAID

Erti haid pada bahasa ialah mengalir. Manakala erti haid di sisi Syara’ ialah darah semulajadi yang normal, keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu.

  1. DARAH ISTIHADAH

Darah istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas.

  1. WILADAH

Pada asalnya, wiladah bukanlah sejenis darah, sebaliknya ia merujuk kepada kelahiran anak itu sendiri sebagai sebab untuk mandi wajib.

  1. DARAH NIFAS

Darah nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin.Darah yang keluar selepas bersalin, sama ada keguguran atau normal, maka itu adalah darah nifas, setelah dipastikan oleh pakar perubatan.

 

KEWAJIPAN MANDI SELEPAS MELAHIRKAN ANAK ATAU KEGUGURAN

Dalam artikel ini, kami kongsikan ulasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai semua jenis darah ini dan bagaimana cara untuk mandi wajib selepas melahirkan anak mahupun yang mengalami keguguran.

Ikuti penjelasan di bawah ini.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikut adalah penjelasan bagi situasi tersebut.

1)Kebiasaan bagi wanita bersalin akan keluar darah nifas yang mewajibkan wanita itu mandi wajib.

2)Jika wanita itu bersalin tanpa darah apa pun, pandangan dalam mazhab Syafie, wanita itu tetap dikira berhadas besar dan wajib mandi.

3)Jika kandungan yang dilahirkan itu berbentuk alaqah (gumpalan darah), atau mudghah (gumpalan daging) seperti dalam kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi.

4)Begitu juga kelahiran Cesarean, yakni kandungan keluar bukan daripada faraj wanita tetapi melalui pembedahan di kawasan abdomen, tetap mewajibkan mandi.

 

MANDI NIFAS DAN WILADAH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK ATAU KEGUGURAN

 

Jika ditanya, apabila seseorang wanita itu bersalin dan bernifas, adakah dia perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas?

Begitu juga seorang yang berjunub kemudian mati, dan orang yang berjunub kemudian haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi.

Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudian berhaid, kemudia dia mati, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk kesemua keadaan (hadas besar) itu.

Jawapannya ialah tidak perlu mandi dua kali kerana memadai mandi dengan sekali sahaja. Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad (1/137)

 

 

WAKTU MANDI WAJIB SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Bilakah waktu untuk mandi wajib akibat wiladah dan nifas?

Jawapannya ialah selepas bersalin dan apabila berhenti keluarnya darah nifas dalam keadaan naqa’.

Keadaan naqa’ bermaksud betul-betul suci iaitu jika dimasukkan kapas ke dalam faraj lalu dikeluarkan tidak ada kesan-kesan darah, kekeruhan atau kekuningan.

Jika darah sudah berhenti tetapi jika dimasukkan kapas masih dilihat kesan darah, warna keruh atau kekuningan, maka itu adalah keadaan fatrah yang menunjukkan masih dalam keadaan bernifas.

 

RUKUN MANDI WAJIB(Cara Mandi Nifas Wiladah)

Ringkasnya, hanya ada 3 rukun mandi wajib yang perlu dilakukan agar sahnya mandi tersebut iaitu:

 

  1. Berniat

Terdapat beberapa cara niat mandi wajib / nifas / wiladah seperti berikut:

  1. Meniatkan setiap hadas besar yang dialami dan dimaksudkannya.

Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.

“Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”

  1. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.

“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”

atau

 

“Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

 

  1. Menghilangkan Najis

Iaitu menghilangkan sebarang najis yang terlekat pada badan.

 

  1. Meratakan Air Ke Seluruh Badan

Meratakan air ke seluruh anggota badan luaran serta membersihkan semua najis yang terdapat padanya.

 

LANGKAH MANDI WAJIB SECARA RINGKAS(Cara Mandi Nifas Wiladah)

  1. Membaca ‘Bismillah’ ketika akan mandi.
  2. Mengambil wudhuk sebelumnya sebagaimana amalan Nabi s.a.w.

iii. Melalukan tangan di atas seluruh badan (menggosok-gosok) bagi menghilangkan kotoran yang melekat.

  1. Mendahulukan membasuh yang sebelah kanan dari sebelah kiri.

 

SEMOGA LEBIH JELAS

Sebagai penutup, jika sudah dipastikan oleh pakar perubatan bahawa darah yang keluar itu adalah janin, maka darah yang keluar itu adalah `alaqah yang mewajibkan mandi.

Dan darah yang keluar selepas itu sehingga 60 hari adalah darah nifas yang mengharamkan ke atas wanita apa-apa yang diharamkan ke atas wanita berhaid seperti solat dan puasa.

ARTIKEL LAIN

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan (Simpan Dirumah & Buat Aktiviti)

1 thought on “Cara Mandi Nifas / Wiladah (Selepas Melahirkan Anak Atau Keguguran)”

Leave a Comment