Senarai Barang Medical Kit Kecemasan (Simpan Dirumah & Buat Aktiviti)

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan (Simpan Dirumah & Buat Aktiviti)

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan

Medical Kit sangat penting dan menjadi keperluan utama jika anda ingin melancong atau balik kampung dan aktiviti riadah.

Jika anda benda kecemasan berlaku,anda boleh membuat rawatan mula dan kecemasan sebelum ke hospital.

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan (Simpan Dirumah & Buat Aktiviti)

Kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch) & label ubat.

 

  1. TERMOMETER

 

Paling penting ! Termometer. Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati.

 

– Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yang kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak.

 

– Pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu.

 

– Beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa

 

– Beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya)

 

– Kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni – terbaik)

 

 

  1. NASAL SPRAY

 

 

Jika anak anda mengalami pernafasan yang tidak selesa & hidung tersumbat,boleh gunakan nasal spray dengan sembur ke dalam hidung.

 

 

  1. PARACETEMOL SYRUP

 

Kebanyakan ubat syrup dekat farmasi sekarang dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dalam kit. Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)

 

  1. SYRINGE

 

Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml). Dekat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya.

 

Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya. Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.

 

  1. NAPPY CREAM

Jika punggung anak anda kemerahan,anda boleh gunakan nappy cream.

 

  1. BEDAK ANTI BAKTERIA

Jika anak-anak gatal-gatal atau miang dekat badan,boleh sapukan bedak anti bakteria.

 

  1. BOTOL SPRAY

 

Botol spray boleh digunakan untuk basahkan rambut dan kepala dan lain-lain anggota badan untuk turunkan suhu.

 

  1. NASAL ASPIRATOR

 

Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih untuk sedut hingus dia. Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya sebab ada macam-macam bakteria so its unhealthy and unhygienic.

 

Cara nak guna: Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran.

 

  1. CALAMINE LOTION

 

Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi-lagi masa dia kena ruam panas dulu.

 

  1. UBAT SELSEMA

 

Jika anak anda kena selsema.Boleh makan ubat selsema.

 

ARTIKEL LAIN

CARA REGISTER MASUK BARANG PROMOTE ADD LINK TIKTOKSHOP (Follower Tak Cukup 1000)

 

1 thought on “Senarai Barang Medical Kit Kecemasan (Simpan Dirumah & Buat Aktiviti)”

Leave a Comment