CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI ANAK ONLINE (Pendaftaran Tahun 1)

CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI ANAK ONLINE (Pendaftaran Tahun 1)

MAKLUMAT IMUNISASI ANAK

Kepada ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran anak ke tahun 1 secara online, semestinya terdapat sedikit kekeliruan semasa mengisi borang pendaftaran di bahagian rekod kesihatan. Ini kerana terdapat jenis suntikan yang berbeza. Disini kami akan kongsikan cara untuk membezakan suntikan dan cara isi maklumat imunisasi anak bagi pendaftaran ke tahun 1 secara online, semoga membantu.

 

SENARAI SUNTIKAN PENDAFTARAN TAHUN 1

Terdapat 10 jenis suntikan iaitu:

  1. BCG
  2. Hepatitis B
  3. Haemophilis Influenza (Hib)
  4. Polio (IPV)
  5. Measles
  6. Mumps
  7. Rubella
  8. Difteria (dalam buku tulis DTaP)
  9. Tetanus (dalam buku tulis DTaP)
  10. Pertussis (dalam buku tulis DTaP)

 

APA ITU SUNTIKAN DTAP

Untuk suntikan DTaP ianya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu:

  • Difteria
  • Tetanus
  • Pertussis

(Dalam borang diceraikan satu-satu)

 

CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE

Setelah anda memahami jenis vaksin, berikut adalah cara membuat pendaftaran

  1. Layari laman web pendaftaran: https://public.moe.gov.my/
  1. Klik pada Pengguna Baru dan klik Daftar

  1. Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)

  1. Setelah berjaya daftar, klik pada Tahun 1 dan pilih Permohonan Baharu
  1. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan

  1. Isikan maklumat yang diperlukan :
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  1. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya

  1. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
  1. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  1. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  1. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

  1. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  1. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

 

CARA ISI MAKLUMAT VAKSIN PENDAFTARAN TAHUN 1

Berikut adalah merupakan rujukan pengguna/ibu/bapa berkaitan pengisian maklumat vaksin semasa proses pendaftaran:

  • Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
    • Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning)
  • Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
    • Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
  • Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
    • Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

 

MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT IMUNISASI ANAK

Untuk maklumat lanjut tentang maklumat imunisasi anak semasa pendaftaran tahun 1, sila layari website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

ARTIKEL LAIN

Tanda Anda Mengalami Anxiety Disorder(Semak Jika Ada Ciri-Ciri)

1 thought on “CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI ANAK ONLINE (Pendaftaran Tahun 1)”

Leave a Comment