Senarai Karakter Kartun Tidak Sesuai Ditonton(Ada Unsur Ganas & Bahaya)

Senarai Karakter Kartun Tidak Sesuai Ditonton(Ada Unsur Ganas & Bahaya)

Karakter Kartun Tidak Sesuai Ditonton

Adakah anda peka tentang senarai karakter kartun yang ditonton anak anda di yotube?Adakah ada unsur Kartun yang Tidak Sesuai Ditonton oleh anak anda?

Zaman kanak-kanak mungkin akan ada beberapa karakter kartun yang menjadi kegemaran anak-anak. Beredar mengikut era, karakter kartun kegemaran turut bertukar sesuai dengan zamannya.

 

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini kecoh dengan dakwaan beberapa siri kartun yang mampu memberikan kesan buruk kepada anak-anak yang menontonnya. Bukan satu tapi ada beberapa dan siri kartun ini boleh diakses menerusi tontonan di Youtube.

 

Biasalah hari ini kanak-kanak memang cukup ‘pakar’ dan biasa dengan pelbagai peranti berteknologi yang mampu memberikan mereka hiburan demi mengisi masa terluang. Bila dapat gajet memang boleh terlalai dan duduk diam si anak tersebut.

Berikut adalah senarai karakter kartun ini tak sesuai ditonton anak kecil:

  1. Huggy Wuggy

Apa itu Huggy Wuggy ?

Karakternya menggerikan dan menyeramkan. Senang cerita, ianya teddy bear versi ganas dengan gigi tajam.Telah banyak kebimbangan disuarakan oleh ibu bapa setelah mereka melihat kelakuan anak mereka. Di mana ada kanak kanak yang dengan terbuka menyatakan bahawa mereka mahu membunuh ibu bapa mereka.

Rupa rupanya mereka terikut ikut dengan permainan Huggy Wuggy.Karakter tersebut sebenarnya sebahagian daripada karakter daripada permainan video ganas Poppy Playtime.

Boleh dikatakan karakter itu mungkin sesuai untuk kanak kanak atas usia 13 tahun. Namun sukar untuk mengawalnya.

Huggy Wuggy sangat menyeramkan terutama sekali untuk kanak akan kecil. Dan seringkali menggunakan ayat ayat yang ganas dan tidak elok. Ini termasuk:

Sharp teeth leave you bloody

Don’t ever call me ugly

Hug me until you die.

Kepada ibubapa,anda perlu memantau aktiviti anak mereka. Kemungkinan mereka sudah terdedah dan terpengaruh dengan karakter fantasi Huggy Wuggy.Ada kanak kanak mulai menganggap aktviti berbahaya dan kelakuan ganas itu satu keseronokan.Semua pakar psikologi setuju bahawa, kesemua karakter yang menyeramkan, ganas, termasuk Huggy Wuggy boleh mempengaruhi psikologi kanak kanak termasuk masalah gangguan tidur serta anxiety.

 

  1. Kissy Missy
  2. Cartoon Cat
  3. Among US
  4. The Siren Head
  5. Five Nights At Freddy’s
  6. Long Horse
  7. Poppy Playtime
  8. Sun & Moon (Karakter dalam Five Nights at Freddy’s)
  9. Happy Tree Friends

 

Artikel Lain

Tanda Anda Mengalami Anxiety Disorder(Semak Jika Ada Ciri-Ciri)

Leave a Comment